Saturday, May 21, 2011

Redha...


Terkadang kita mengagak...mungkin Allah punya terlalu ramai hamba untuk diuruskan dan mungkin terlepas pandang akan permintaan kita yang tak kunjung makbulnya...

Sesungguhnya Allah senantiasa melakukan semua perkara dengan betul. Cara Allah sentiasa cara yang terbaik walaupun kelihatan semuanya salah.

Jika kita memohon sesuatu dan dikurniakan yang lain dari yang dipinta, PERCAYAlah, pasti Allah sentiasa mengurniakan apa yang diminta pada masa yang paling sesuai. Apa yang kita pinta tidak semestinya apa yang kita perlu...

Duri hari ini, mungkin bunga untuk hari esok. Allah mengurniakan pilihan terbaik kepada mereka yang menyerahkan ketentuan kepadaNya. Allah tidak akan gagal memenuhi permintaan hambaNya. Teruskanlah berdoa tanpa ragu dan mengeluh. Hanya bibir yang perlu memainkan peranan.

Sekelumit mengingatiNya, selaut kerahmatan dijanjikanNya.

Ya Allah, betapa Engkau Maha Penyayang lagi Maha Pengasih, cuma hambaMu ini yang seakan lupa diri hingga terpinggir dari kasih dan rezekiMu. Engkau sentiasa ada untukku. Duhai hati bergantunglah padaNya kerana demi sesungguhnya Dia tak pernah jauh.

Sabda Rasulullah SAW : "Sesungguhnya Allah SWT mencintai orang-orang yang terus-menerus berdoa" (Hadith riwayat al Auza'i)

No comments:

Post a Comment