HIDUP SELEPAS MATI JUA BENAR…



HIDUP SELEPAS MATI JUA BENAR…
                                                                                                                            
Semalam masih lagi ceria
Mampu lagi bergurau senda
Bercerita sesekali ketawa
Itulah semalam...

Hari ini dan semalam
Hidup di dua dunia...berbeza
Bermalam di dunia fana’
Kini berpagi di alam barzakh

Anak, isteri, keluarga..tetangga
Telaga kasih berkocak lara
Sayu kini memamah rasa
Sepi menjamah di mana-mana

Air mata penutur bicara
Sanak saudara menangis hiba
Redha yang pergi
Tabah yang menanti


Mati itu Benar...Pasti menjemput
Mukminin Faizin yang sentiasa bersedia
Menggilap iman dan menyiap bekal
Untuk perjalanan ke sana


Hidup di dunia ini benar..
Mati itu benar...
Dan hidup selepas mati jua benar..
Bersiaplah kita...