Thursday, November 24, 2011

'KOTA ROM TIDAK DIBINA DALAM SEHARI'


Kota Rom bukan dibina dalam sehari. Keteguhan Collosseum bukan binaan mudah. Keunggulannya dikagumi hingga ke hari ini, Aspek kesenian terserap di sana sini. Kota Rom tidak dibina dalam sehari. Kehebatan Kota Rom ini telah diungkapkan dalam satu pepatah “Kota Rom Tidak di bina Dalam Sehari”. Ini bermakna, mencipta sebuah tamadun yang kompleks memerlukan masa yang bukan sekejap untuk direalisasikan. Untuk menjadikan ianya sebuah bangsa dan budaya yang naik seiring dengan kotanya, masa yang diambil bukan sekelip mata. Ianya menyaksikan perit jerih dan pertumpahan darah untuk mendominasi kuasa pemerintahan.

Bertitik tolak dari analogi ini, kejayaan juga bukan adatnya datang bergolek. Perlu ada usaha dan kecekalan kerana kejayaan sentiasa akan menuntut masa dan pengorbanan. Sesungguhnya kejayaan bukan dengan sepetikan jari, tuntutan masa menentukan segala. Perlu ada doa dan keikhlasan setiap ketika. Demikian juga halnya dengan kejayaan diri. Setiap masa dan ketika ada harganya yang tersendiri, dan akan ternilai pada suatu hari nanti.

Benar...Kota Rom tidak dibina dalam sehari. Bukti pentingnya masa dalam berusaha. Bukan seminit dua, bukan sekelip mata, Kerana setiap yang hebat itu sentiasa menuntut masa. Kejayaan hidup menuntut hari, masa, usaha, keyakinan dan restu Ilahi. Pasti akan tercapai suatu ketika nanti. Itu jugalah yang dinamakan Sunnatullah. Pepatah Arab juga ada menyebut : ‘Siapa yang berusaha, dia akan memperoleh kejayaan’.

Perkara yang sama juga telah dibuktikan oleh Rasulullah dalam membina ketamadunan budaya dan bangsa Muslim keseluruhannya. Pembukaan Kota Makkah (Fathul Makkah) hanya berlaku setelah pembinaan tamadun rohaniyyah yang dibangunkan selama 13 tahun dan kegemilangan Madinah dibina selama 10 tahun. Malah apa yang telah tersirah dalam perjalanan hidup Rasulullah adalah yang terhebat dan tidak tertandingi.

Tuntasnya tidak kiralah berapa lama masa yang diambil, tetapi pembinaan sebuah keagungan dan kejayaan bukannya melalui jalan pintas yang mudah. Ianya perlu melalui fasa-fasa yang telah ditentukan secara fitrah. Ianya perlu melalui mehnah dan ujian. Ianya perlu melalui saat-saat getir, jatuh bangun sebelum akhirnya kemanisan kejayaan itu dapat dikecap.

Berbicara tentang kejayaan, keagungan dan kegemilangan seolah-olah terlalu tinggi bunyinya. Namun tidak mustahil ianya digapai. Harus diingat, untuk berjaya kita perlu bercita-cita besar dan berwawasan jauh. Itulah prasyarat dan titik pertama perlu diterapkan. Apapun ceritanya, fokus sebenar ialah kepada asas atau tapak sesuatu kejayaan itu.

Faktor inilah yang perlu ditekankan oleh kita. Jangan sekali-kali terlepas pandang perkara yang asas. Kukuhkan asas dan tapaknya. Daripada asas yang kukuh inilah kita bangunkan misi dan visi hidup kita. Peringatan untuk diri kita, bertahanlah pada paksi asas ini kerana di sinilah bermulanya cerita generasi hari esok.

Semoga kejayaan jadi milik kita dan Allah meredhai kita.

Tuesday, November 22, 2011

PENDAM...


Aku yang mengejar bayang cinta
Kian terbiar
Terpendam kata
Tak terungkap selamanya

Pedihnya hanya aku yang merasa
Mahu memilikinya
Aku hanya hamba cinta

Bisik hatiku lepaskan dirinya
Sungguh aku tak bisa
Biarlah ku sendiri
Tanpa kasih di hati

Aku tak mampu pertahankan lagi
Cinta yang menyakiti
Biarlah aku pergi
Tiada hampa di hati

Pedihnya hanya aku yang merasa
Mahu memilikinya
Aku hanya hamba cinta

Bisik hatiku lepaskan dirinya
Sungguh aku tak bisa
Biarlah ku sendiri
Tanpa kasih di hati

Aku tak mampu pertahankan lagi
Cinta yang menyakiti
Biarlah aku pergi
Tiada hampa di hati
Aku yang mengejar bayang cinta

♥♥♥ Jangan terlalu mengharap diberi ruang dalam hidup seseorang, kerana jika kau bererti baginya, ruang itu telah tersedia tanpa diminta. ♥♥♥

Ombak Rindu



Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hanya mampu berserah
Moga cahaya tiba nanti

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Thursday, November 10, 2011

Fatamorgana Kehidupan


Sekilas di pandangan mata seakan ianya indah...menawan...mempesona...itulah kehidupan. Mengimbas diari Aidil Adha lalu, kesempatan dimanfaat untuk berziarah sanak saudara, namun kali ini nuansanya(bezanya) yang diziarahi rata2 sanak saudara yang ditimpa ujian kehilangan ahli keluarga, penderitaan menanggung kesakitan...namun semua itu mengundang insaf di hati dan menyedarkan bahawa dunia ini sememangnya fana dan kita hanya berkelana di sini. Mereka akan dijemput Ilahi begitu juga kita, cuma yang berbeza ajal dan maut bukan di tangan kita, siapa dahulu dan siapa kemudian hanya dalam catatan Luh MahfudzNya...

Ya Allah, tetapkan IMAN kami dan jemput kami dalam keredhaanMu...untuk mereka yang ditimpa musibah, yakinlah Allah sedang menguji.

HAMPAKAH??


Keputusan bagai sudah diduga... maka hampakah hati ini? atau insan tersayang mungkin berduka. Semoga dukacita berganti hikmah. InsyaAllah cuba lagi.JANGAN PUTUS HARAP dgn RAHMATNYA.