Sunday, April 29, 2012

Izinku...

bimbang benar di kolam rasa...
takut dan harap kian bertamu...
dugaan, ujian datang dan pergi...
di mana aku...
di saf kanan ataukah kiri...
kupamit diri...
ingin segera hadir  didakapMu
terimalah aku...
tetamuMu

12.30am Isnin
30 April 2012M



Friday, April 27, 2012

Semua kerana CINTA...

Kata Bijak Cinta
Perempuan diciptakan dari tulang rusuk lelaki
Bukan dari kepalanya untuk menjadi peneduhnya
Bukan dari kakinya untuk menjadi tumpuannya
Tapi dari sisinya untuk menjadi sama
Dekat dengan lengannya untuk dilindungi
Dan dekat dengan hatinya untuk dicintai

Saya memiliki sepasang mata, tetapi tidak dapat selalu melihatmu.
Saya memiliki sepasang tangan, tetapi tidak bisa selalu melindungimu
Tapi aku memiliki sekeping hati, yang akan selalu berdoa untuk mu...

Apa gunanya sayap jika anda tidak bisa merasakan angin pada wajah anda?
dan apa gunanya hidup akan jika anda tidak dapat memenuhi cinta hidup anda

Kita datang untuk mengasihi tidak dengan mencari orang yang sempurna,
tetapi dengan belajar untuk melihat orang yang tidak sempurna dengan sempurna

Bertemu dengan mu adalah nasibku,
menjadi temanmu adalah pilihanku
jatuh cinta denganmu adalah di luar kuasaku

Untuk sebuah kenangan jarak tak pernah memisahkan dua hati yang saling peduli,
Walau terpisah ribuan mil dalam hitungan detik kita akan ada di sana kembali.

Setiap kali kamu tersenyum tanpa alasan dan setiap kali kamu merasakan bahagia yang tak terduga, ketahuilah bahawa itu kerana aku sedang memikirkanmu.

Setiap kali aku merindukanmu, bintang jatuh dari langit.
Jadi, jika kamu melihat ke langit dan menemukan langit gelap tanpa bintang, itu semua kesalahan mu.
Kau membuatku rindu padamu terlalu banyak

Jangan berjalan di depanku, aku mungkin tidak mengikuti
Jangan berjalan di belakangku, Aku mungkin tidak memimpin
Berjalanlah di sampingku & akan aku kasihi SELAMANYA ..

*Peringatan buat diriku*

Seutuh Kasih Sehujung Kuku...

Seutuh kasih sehujung kuku...
Sehela nafas sekujur jiwa...
Sedingin salju, cinta memutih rasa...
Mewangi nurani...biar berabad


-lilinhidupku-
28/04/2012
1.00 am nan syahdu

Thursday, April 19, 2012

Lost Love...


While you laughed all day, I'd cry all night. While you regretted nothing, I looked back at everything. While you forgot everything, I remembered everything. While you fixed other hearts, I looked at mine that was torn apart. While you spent your time enjoying your life, I spent every moment longing for you to be mine.

Lost love is still love. It takes a different form, that's all. You can't see their smile or bring them food or tousle their hair or move them around a dance floor. But when those senses weaken another heightens. Memory. Memory becomes your partner. You nurture it. You hold it. You dance with it.

Even if my heart should call out your name in the rain, even if these arms should want to embrace you again, and even if I'm all cried out and no longer in pain... I'll never fall in love that way again.

FRIENDS...


A best friend is two souls in one body.
Friends are the best person whom you can share your thoughts, feelings, your success, failures, secrets, ambitions in life, fears, hopes and everything.
A friend is the best person who can safeguard your deepest secret and yet will not misjudge you or disown you.
This is the greatest asset which gives the courage to share all your feelings.
A friend is a real reflection of your character and personality.
Friends can also be a great source of inspiration and can take you to great levels.
It is very hard to explain friendship as it happens between two people who have the same wavelength of mind and are inseparable.
Such friends come once in a while and become an asset in your life.

PAIN...





Every heart has a pain.
Only the way of expressing it is different.
Fools hide it in eyes...
while the brilliant hide it in their smile.

Monday, April 16, 2012

DIA...


KETIKA...Aku takut RUGI...
Aku lupa,bahwa HIDUPKU...Adalah sebuah KEBERUNTUNGAN, kerana AnugerahNYA.
KETIKA... Aku ingin jadi yang TERKUAT menempuhi segala DUGAANku...
Aku lupa,bahawa dalam KELEMAHAN....Tuhan memberikan aku KEKUATAN.
KETIKA...Aku takut MEMBERI...
Aku bagaikan lupa,yg SEMUA yang aku miliki adalah PEMBERIANNYA.
KETIKA...Aku ingin hidup KAYA...
Aku lupa,yg HIDUP adalah sebuah KEKAYAAN.

DIA merautnya dgn KASIH yg bersemaikan TANGISAN n SENYUMAN..Dgn BIJAK, DIA mengajar ku utk slalu BELAJAR memahami segala perjalanan HIDUP ini. :')

(FB :Nur Azza Yusoff)

*seharusnya ku BERSYUKUR*

Mengenee mu ayoh...(Versi Klate)




17042006 (Isnin 3.08pm) - 17042012 (Selasa) : 6 TAHUN PEMERGIAN AYOH

Ayoh,
oghe teringat sgt ko ayoh male nieh. Takdih lps maghrib che Na msj royat suruh baco Yaasin ko ayoh. Oghe ingat doh n doh baca doh tadi. Harap2 ayoh doh terima Yaasin oghe.

Ayoh,
oghe tahu oghe bukee anok yg baik masa hayat ayoh, tp oghe berazam untuk jd anok yg baik slps ayoh xdop. Klu buleh oghe nk gapo hok oghe bt baik di dunia nie, jd saham ko ayoh di sana. Kalu buleh oghe nok mtk maaf kalu maso ayoh sakit mulo, oghe xbuat sebaik yg ayoh nok, oghe tahu ayoh xbyk komplen masa ayoh sakit dulu.

Ayoh,
Mitok maaf kalu masa makee ayah jadi lewat sbb oghe lambat bagi makee.
Mitok maaf kalu masa kacip kuku ayoh, oghe terkacip isi kulit n bdarah jari ayoh.
Mitok maaf kalu lambat tolong ayoh nok mandi, pahtue lambat tolong ayoh ambik air smaye utk smaye.
Mitok maaf kalu lambat tolong ayoh nok ballik bade maso ayoh lenguh duk atas lembek tepi dinding tue.

Ayoh,
oghe nok royat terimo kasih byk2
sbb jaga oghe yak kecik sapa besa..
sbb sokmo bawa g tame permaine maso kecik...
sbb sokmo bangun male maso oghe mintok air dahago...
sbb jaga maso oghe sakit...
sbb teme oghe g spita...
sbb saba denge peranga oghe...
sbb semuanya...

Ayoh,
terimo kasih sbb didikee ayoh dari kecik sapa besa
walaupung sokmo oghe komplen kalu ayoh xdae tengok buku2 oghe maso kecik
oghe komplen kalu kad kemajue tue ayoh dae sain saje n xdae tgk pung oghe dpt no berapo
loni oghe jadi cikgu, baru oghe tahu keje cikgu nie sibuk caro ko anok oghe dari anok sdiri...
oghe tahu ayoh nok anok2 ayoh berdikari sebenarnyo...

Ayoh,
semoga Allah balas kebaike ayoh dgn syurgaNya,
semoga xdop lagi kesakitee n penderitae mcm atas dunia dulu
Tene lah ayoh di sano...
Dale jagoae Allah.

Yaasin untuk ayoh. Amiin

Sunday, April 15, 2012

Jangan Kecewakan Orang Yang Mencintai Kamu



1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.

8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.

10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh di mata, jauh di hati?’

16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

20.Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.


*Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia- siakan orang tersebut. Kelak kamu akan menyesal melakukannya.*

DARAH 'A'


Anda suka keselarasan, kedamaian dan organisasi. Boleh bekerjasama dgn baik dgn org lain, peka, sabar dan penuh perhatian. Namun kelemahan anda adalah tidak boleh melakukan sesuatu dgn santai dan cenderung keras kepala.

Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup anda. Anda gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan anda juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Anda bijak bergaul dengan individu di sekeliling dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan anda.

Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri anda itu melambangkan bahawa anda tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya anda agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat. Anda harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja anda itu, kesihatan diri pula yang terabai.

Mereka yang tergolong dari kategori ini boleh jadi ibu dan isteri yang baik. Ini kerana kamu dapat menangani banyak perkara, dari urusan di rumah hingga mendidik anak dengan baik. Kamu rela bangun pagi untuk memasak dan menguruskan rumah tangga. Kamu akan berusaha untuk menjadi ibu dan isteri yang sempurna. Kadangkala, ia akan membuatkan kamu berasa tertekan kerana tidak mempunyai masa untuk kesenangan peribadi.

*saya ---> Wanita berdarah A+...mewarisi darah arwah ayah*

Saturday, April 14, 2012

JANGAN...



Jangan mengucapkan kata2 indah nan manis buatku kerana aku takut akan menyayangimu.
Jangan mengambil berat tentang diriku kerana aku bimbang akan mengasihimu.
Jangan terlalu baik padaku kerana aku takut akan merinduimu.
Jangan memberikan kenangan atau harapan kerana aku khuatir akan jatuh cinta pada dirimu.
Jangan menghargai pertemuan ini kerana aku tidak mahu menderita kerana kehilangan dirimu lantaran PERPISAHAN ini.


*saya RINDU awak!*

KEKASIH...




Akan kupintal buih-buih
menjadi tali
mengikatmu
akan kuanyam gelombang-gelombang
menjadi hamparan
ranjang tidurmu

akan kutenun awan-gemawan
menjadi selendang
menudungi rambutmu

akan kujahit bayu gunung
menjadi baju
pakaian malammu

akan kupetik bintang timur
menjadi kerongsang
menyinari dadamu

akan kujolok bulan gerhana
menjadi lampu
menyuluhi rindu

akan kurebahkan matari
menjadi laut malammu
menghirup sakar madumu

Kekasih, hitunglah mimpi
yang membunuh realiti
dengan syurga ilusi.

~Usman Awang

RENUNGAN...

Thursday, April 12, 2012

╰♥♥♥╮Istimewa buatmu Calon Bidadari Dunia Akhirat-ku╰♥♥♥╮


╰♥♥♥╮ Wahai Calon Bidadari Dunia Akhirat-ku, Bersabar-lah Menanti Hadir-ku╰♥♥♥╮

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh ,,

Apa kabar Iman-mu hari ini duhai calon Makmum-ku..?? Calon bidadari dunia akhirat-ku. Calon ibu dari anak-anak ku.. Semoga engkau selalu dalam lindungan-Nya. Aamiin....!

Telah ku terima larik hitam-mu diatas putih kertas rindu-mu untuk-ku. Terimakasih atas kesetiaan-mu yang selalu tabah dalam penantian panjang ini.

Terimakasih juga sajak-sajak cinta diantara bait-bait do’a-mu yang kau titipkan kepada-Nya untuk-ku. Semoga Allah mengganjar amal sholeh-mu dengan pahala yang berlimpah.

Duhai calon Bidadari-ku...
Sungguh sebenarnya aku kini telah berada ditengah perjalanan menuju-mu. Ingin ingin sekali rasanya aku segera datang menemui-mu. Memohon izin pada ayah bunda, memeluk-mu erat dalam ikatan suci pernikahan.

Namun perlu engkau ketahui duhai calon Bidadari-ku yang di Rahmati Allah. Bahwa diri ini-pun sejatinya tengah mengemban tugas. Dimana Allah memerintah-ku agar aku berjihad dijalan-Nya. Dan lagi perlu engkau ingat duhai calon makmum-ku. Sejatinya kelak aku adalah Imam-mu, penjaga-mu, pembimbing-mu, pemimpin-mu dan yang akan selalu menyayang dan mengasihi-mu.

Maka bersabar-lah duhai calon ibu dari anak-anak-ku. Bersabar-lah engkau menanti hadir-ku. Bersabar-lah engkau dengan selalu mendo’akan aku. Agar aku berhasil berjihad dijalan-Nya. Agar aku lebih siap dengan amanah yang kelak aku emban bersama-mu. Agar kelak aku menjadi yang terhebat dan terlincah dalam memegang kemudi bahtera kita.

Duhai engkau calon bidadari dunia akhirat-ku..
Hapus-lah air-mata keputus asaan karna lamanya menanti-ku. Usah bersedih.. Yakin-lah bahwa aku akan segera datang.

Hanya satu pinta dan pesan-ku untuk-mu duhai calon makmum-ku. Sebaik dan seburuk apa-pun aku yang datang kepada-mu, ini-lah aku... Aku yang telah diutus oleh Allah untuk bersama-sama dengan-mu. Mengarungi samudera kehidupan yang penuh misteri. Menapaki jalan-jalan terjal yang penuh onak berduri. Berbekal kesetiaan dan cinta karena-Nya. Dan semata-mata hanya berharap restu dan juga Ridha-Nya.

Bersabar-lah duhai calon bidadari dunia akhirat-ku.
Nantikan aku dalam sajak-sajak rindu di sepertiga malam-mu. Tunggu-lah aku dalam mihrab kasih-mu diatas sajadhah cinta kita.

Semoga Allah mempertemukan kita dibatas waktu.. Aamiin Ya Allah Ya Rabbal’alamiin.

“Barakallahu Laka Wa Baraka ‘Alaika Wa Jama’a Bainakuma Fi Khair” -♥-

(Ilham: Halim Ishaq)

Sunday, April 1, 2012

AKU dan NOMBOR


Seorang DIA,
Hadirnya mengGENAPkan,
Tiadanya membikin GANJIL...

Jika sememangnya berDUA itu lebih enak,
dan berTIGA maupun berEMPAT hidup tambah meriah,
raikan sahaja...

Di sini hanya sekejap,
biar GANJIL jangan menyisih,
kelak ketemu 1/2 dirimu,
hanya di tanganNya...
Hikmah tersurat dan tersirat

NOTA : Yakinlah, kita diciptaNya berpasang2!

Anak Dagang...


Anak dagang di rantau orang
Biar pandai membawa diri
Jaga tutur kata...
jaga cermat peri bahasa

Selalu berbudi tinggi
Biar merendah...
Kata orang jangan dibantah
Fikir dahulu sebelum berkata

Anak dagang negeri orang
Jika selalu meninggikan diri,sombong dan iri hati
Mementingkan kemahuan sendiri
Akhirnya mendapat keji

Peribahasa manis jangan terus ditelan
Pahit terus jangan dibuang

NOTA: aku yang masih dagang...bukan berdagang juga jauh sekali mahu didagang... :)
hanya ANAK DAGANG jer