Wednesday, July 17, 2013

Berhenti Mengejar FATAMORGANA

Aku...
yang mengejar 
FATAMORGANA
tertipu...terpedaya dalam alpa

Berhentilah...(kata hati)
Bawa aku
mengejar cintaNya
Selangkah AKU...1000 langkah DIA
Saat itu...
lenyap FATAMORGANA
Terlerai dunia
yang menghuni hati...


NOTA:

Teringat NASYID: ...Tuhan leraikanlah dunia yg mendiam di dalam hatiku..kerana di situ tidakku mampu mengumpul 2 cinta...

Sunday, June 9, 2013

Di Hari Ulangtahun Kelahiran...

Alhamdulillah diberi kesempatan untuk melalui pertambahan usia lagi...kontrak hidup masih disambung. Semoga kehidupan ini terisi dengan perkara-perkara kebaikan dan amal kebajikan hendaknya. Semoga hati ini akan terus tabah menghadapi tiap ujian n mehnah kehidupan. Semoga diri ini dpt mendidik jiwa untuk terus bersyukur atas tiap nikmatNya yg melimpah ruah. Semoga Allah membantu HATi ini memahami, menghayati n merasai keINDAHAN takdirNya, menjadi hamba yg sebenar2nya hamba - yg pasrah n mnyerah..seluruh dan sepenuh...kerna Engkau Tuhan n aku Hamba2Nya.


"Sesungguhnya kalian berada dalam perjalanan malam dan siang. Dalam umur yang terus berkurang, dengan amal yang tersimpan, dalam kematian yang akan tiba-tiba datang." (Ibnu Mas’ud)


IBN AL QAYYIM berkata :
TAHUN adalah pohon, 
BULAN adalah cabang2nya,
HARI adalah ranting2nya, 
WAKTU adalah daun2nya, dan 
NAFAS adalah buah2annya. 
Siapa yang setiap nafasnya dapat mentaati Allah, 
maka buah pohon (kehidupannya) adalah baik.

(9.6.1977 - 9.6.2013 .... 36 tahun yang suka dan duka...'ala kulli hal alhamdulillah)



Setahun lalu di Bumi Barakah...

Memori Terindah Kenangan Umrah n Ziarah (Mekah n Madinah)
29/05/2012 - 09/06/2012

Sekadar mengimbas kembali memori terindah di bumi barakah.


Menunggu flight ke Mekah
Bersama Tie (dah sedia utk berniat ihram)





Subhanallah..

Sebaik tiba di Jeddah...naik bas di airport nya

Sungguh takjub...duhai Baitullah yg dirindu...

Di sini...alhamdulillah

Bersama kak za, ambil bekal air zamzam

Air zamzam

Bersama Mek tersayang

Time nie masa awal2 sampai

Attire masa keluar ke ATM bank dgn Tie


bagi merpati makan

mencari Multazam

Gambar terbalik..yummy yummy aiskrim mekah

Selipar nie aku guna sbb seliparku kena buang dlm tong sampah (gara2 tersilap letak...ambil pengajaran ya !)

Jabal Rahmah

Jabal Rahmah

Bersama keluarga di Jabal Rahmah

Busuk la dia hehehe

bersama tie n para unta

Inilah Qibas

Jabal Uhud



MasjidunNabiyy

Masjid Quba'

Pohon kurma

Membeli-belah

di hotel al Mukhtar, Madinah

Monday, June 3, 2013

Belajar Memaafkan


Maafkan kekurangan orang muda kerana mereka belum matang, 
Maafkan kekurangan orang tua kerana banyak ingatan yang telah hilang,
Maafkan sesiapa sahaja yang tidak sehaluan dengan kita,
kerana setiap orang itu punya sejarah diri yang peribadi.
Kita adalah kita kerana sejarah dan cara hidup berbeza.
Kita adalah kita kerana hala tuju yang mungkin tidak serupa. 
Yang penting, kita belajar hidup bersama,
Walau kita berbeza...walau dalam desah nafas sesingkat masa.
(NISAH HARON)


Sunday, June 2, 2013

Menanti Sebuah Jawab

Aku berhadapan dinding tebal
Aku berjalan melintas awan
Aku melangkah menyusuri lautan

Siapa yang kucari ?

Siapa yang kunanti?
Siapa yang kudamba?

Sungguh kau mampu mengubah diriku

Sungguh kau mampu mengubah hidupku
Sungguh kau mampu mengubah jalan fikiranku
Sungguh kau mampu mengubah alam kelam menjadi terang


Sungguhkah???

Tiap detik kucuba menghindari

Berulang kali kucuba menipu diri ini
Berdiam diri dan berharap
Akan terjawabnya sebuah tanya

Namun kau sebenarnya

tetap 
DIAM












TIME...is a great HEALER

Time is a great healer 
for the sorrows we must face 
and the sadness we bear 
when life deals us a bitter blow. 
As the pain diminishes 
as the years roll on by 
we never forget 
and alone in our privacy 
tears occasionally leak from our eyes. 
The pain is not as harsh, 
but in us, it still resides. 
Time heals the open wounds, 
but never quite takes 
all the pain away.

Note:
Allah is the Great Planner 

How to Let Go of Someone Who You Deeply Loved

ONE:
Realize that you may still love this person.

TWO:
Understand that there are other people out there — you just can't see them.

THREE:
Realize you may have loved that person more than they loved you

FOUR:
If you told the person you love how you feel and there's no response, understand that there is little point in further contact

FIVE:
Decide if you want to remain friends

:D:D:D:D:D:D:D:D:D:D:D:D:D:D:D:D:D:D

Motivasi: Tip melupakan seseorang yang istimewa
(Bersama: Dr. HM Tuah Iskandar Al-Haj)
YANG PALING SEKSA IALAH CUBA MELUPAKAN SESEORANG SEDANGKAN ORANG ITU TIDAK BOLEH DILUPAKAN. DIA SENTIASA DITEMUI; DI TENGAH JALAN, DI DALAM BAS,  DI PASAR RAYA, DI PASAR MALAM, DI PEJABAT, DI DEWAN KULIAH MALAH DI MANA-MANA SAJA. LEBIH SEKSA KALAU ADA KENANGAN-KENANGAN TERTENTU BERSAMANYA. SETIAP KALI CUBA MELUPAKANNYA, SEMAKIN RINDU PULA JADINYA.
Begitulah hakikat hidup. Berkenalan itu jauh lebih mudah daripada cuba berpisah. Walaupun perkenalan memerlukan keberanian, kesabaran, iltizam, kesungguhan tetapi perpisahan memerlukan jauh lebih banyak daripada semuanya itu. Anda perlu berani untuk melupakannya sedangkan anda memang tidak mampu melupakannya.
Bagaimana lagi harus bersabar sedangkan anda tidak mampu mengelak. Hendak iltizam apa lagi kalau kesungguhan untuk melupakannya juga tidak kesampaian. Begitulah seksa dan deritanya detik-detik untuk berpisah. Sebab itulah usah mudah-mudah membina hubungan istimewa sebab perpisahan kalau terjadi pada saat begini sangat menyeksakan.
Jika anda tidak mampu melupakannya, tidak usahlah melupakannya. Mengenang kebaikan seseorang atas nama ALLAH adalah jauh lebih baik berbanding membenci seseorang atas kejahatannya walaupun atas nama ALLAH.
“Tiada yang paling indah dalam hidup selain bersaudara denganmu, tiada yang lebih sakit selain berpisah denganmu, tiada yang lebih manis bila ada kenangan bersamamu, namun ada yang terbaik dalam memori hidupku kerana ada kebaikan dan pengorbananmu.” Hidup memang perlu toleransi sebab membenci itu menyakitkan jiwa, ia menyesakkan nafas dan membasmi bahagia. Sebaliknya menyayangi itu mengkayakan jiwa, melegakan nafas dan menjamin bahagia.
Namun, atas pelbagai sebab dan alasan, ada kalanya kita seolah-olah ‘wajib’ melupakan seseorang, bukan disebabkan dia itu tidak baik tetapi semata-mata kita tidak mampu lagi hendak mengingatinya. Setiap kali teringat hati terlalu kesal berpisah dengannya, jiwa rasa digarit-garit dengan garpu, maka tatkala ini adalah lebih baik menghilangkan semua memori dan membina lapangan baru.
Bagaimana? Berikut adalah beberapa tip melupakan seseorang. Ia telah membantu ramai orang yang tidak upaya memadamkan bayang-bayang seseorang dalam hati dan memori.
- Buang semua kenangan bersamanya termasuk gambar, lagu, cenderahati dan lain-lain. Bukan tidak lagi menghargai pemberiannya tetapi tidak mahu lagi terkenang-kenangkannya.
- Kenang kejahatannya lebih daripada kebaikannya. Bukan hendak menafikan kebaikan-kebaikannya tetapi tidak mungkin melupakan jika sarat dengan memori kebaikan.
- Anggap dia dijadikan bukan untuk anda. Dia untuk orang lain dan anda juga untuk orang lain.
- Percaya pada jodoh, takdir dan hikmah di sebalik perpisahan itu. Pasti ada.
- Carilah pengganti. Usah setia pada prinsip lapuk yang merugikan. Hidup perlu diteruskan dan diurus dengan baik.
- Usah biarkan hati digayut rindu, pilu.
- Elakkan kerap bersendirian tapi keluarlah aktifkan diri.
- Anggap dia tak pernah wujud di muka bumi ini dan anda tidak pernah berkenalan dengannya.
- Faham dan percaya anda sengaja ditemukan insan yang salah supaya akan lebih bersyukur apabila bertemu insan yang betul.
- Mohon pada ALLAH supaya dia lenyap dari fikiran anda.
Nota: 
Time is a healer...Allah is GREAT !