Thursday, March 29, 2012

Madah Sufi...



Aku memegang erat rapat TASBIH yang sudah lama ku tinggalkan
Ku mulakan dengan bisikan kalimah الله
Langsung ku sambungkan dengan kalam
Yang telah lama hati ini kepingin untuk ungkapkan
لا إله إلا الله

Kini rindu itu kian pudar kerna hingga kini,
masih ku ulangi apa yang kudambakan dalam hidup.

Tuesday, March 13, 2012

Aku jua punya RASA...


UJIAN daripadaNya perlu dilalui dgn tabah, mahu ataupun tidak, kehidupan perlu dijalani, meski tidak seindah yg diidamkan. Mungkin byk cita-cita dan impian sudah jauh tersasar dari perancangan insan kerdil nan dhaif ini, namun aku yakin yang terbaik hanyalah dariNya.

Sungguh, terkadang rumput nan hijau di laman orang kelihatan berseri indah dan nyaman suasananya berbanding kepunyaan sendiri. Lalu iman menyapa syukurku dan hati cepat sahaja memujuk. Itulah sifat hatiku yang amat setia untuk memujuk.

Kesedihan biasa berlaku tapi aku tidak mahu sesekali berlama-lamaan melayan kesedihan dan menghabiskan masa untuk semua itu yang kuanggap tidak akan mendatangkan faedah. Cukuplah sekadar sekejap sahaja melayan rajuk hati. Pada yang selalu membuat jiwaku sedih ingin sahaja aku katakan bahawa aku takkan termakan kata2 nista itu. Jiwaku jiwa yang bebas merdeka dan aku punya DIA untuk aku terus memberi pengharapan yang tinggi...hanya DIA dan ku mohon padaNya hidup suburkanlah rasa kehambaan dan kedhaifan ini di sisiNya. Aku yang serba kekurangan senantiasa memerlukan DIA.

BIARLAH RAHSIA...

Pernahkah kau bermimpi seketika
Berada di tempatku
Membayangkan pahit manis berlalu
Entah siapa yang tahu

Mungkin nanti kau jua merasakan
Berdepan dengan kata menyesakkan
Takkan tugumu kebal
Tiada pertimbangan

Keheningan malam membangunkan
Kepayahan jiwa meluahkan
Andai kau jujur memahami
Tiadaku menjauhi

Dan kisahku yang masih panjang
Menambahkan berat yang memandang
Lantas ku pendam
Ku putuskan biarlah rahsia

Semakin aku hidup dalam cinta
Tiada kuasa mampu menghalangnya
Hentikan kata-kata
Bertulangkan dusta

Pernahkah kau bermimpi seketika
Berada di tempatku

Nota : banyak2kan berSABAR duhai diri - hati memujuk lagi...

Monday, March 12, 2012

Umrah : Ikhtiar Melambatkan Haid Sementara Waktu

Sumber :http://suarapesanan.blogspot.com/2010/03/amalan-memohon-berhentikan-haid.html




Bagi mereka yang mahu mengerjakan umrah dan dijangka akan haid semasa berada disana, sebaiknya cubalah amalan yang diajar kepada saya semasa menghadiri kursus umrah di Andalusia. Sayang sekali sekiranya kita tak dapat beramal semasa berada di sana.

Pengambilan ubat-ubatan untuk menahan haid yang boleh di ambil dari klinik dan hospital tidak di galakkan kerana bimbang akan memberikan kesan sampingan. Saya percaya dan amat yakin bahawa apa jua langkah dan ikhtiar yang kita buat, tak akan berjaya jika Allah tak izinkan.

Allah tempat kita meminta, Allah tempat kita mengadu, lalu dengan panduan dari mereka yang berilmu, sebaiknya kita cuba berikhtiar dengan apa yang di cadangkan ini. Semoga kita dapat memaksimumkan masa kita di Tanah Suci dengan beribadat kepada Allah.

Amalan ini boleh diamalkan semasa dalam ihram atau selepas haid. Jika mereka yang mahu mengerjakan umrah, sebaiknya selepas haid terakhir sebelum tarikh yang dijadualkan untuk bertolak.


Caranya:

1. Diamalkan selepas haid yang terakhir.

2. Baca lepas setiap kali solat 5 waktu (elok ditiupkan doa ini ke dalam air kemudian diminum.)

3. Apabila membaca ayat no 2, 3 dan 4 hendaklah menekan lidah ke langit-langit dan menahan nafas 5 saat kemudian hembus di air.

InsyaAllah semoga mujarab. Harus sentiasa ingat bahawa segalanya berlaku dengan izin Allah lalu memohonlah dengan hati yang ikhlas dan bersungguh-sungguh.

Selepas habis ibadah, untuk membukanya, bacalah doa dalam ayat 80 Surah Isyrak.


Nota :
buku Panduan Umrah Dan Pedoman Berpuasa di Makkah oleh Ustaz Dato' Hj Md Daud bin Che Ngah

Saatnya...


Jangan ditanya bila kan ketemu
Jawabnya pada Al-Wahhab
yang pemberianNya tiada berbatas
Jangan ditanya bagaimana bakal bertemu
Jawabnya ada pada Al-Khabir
Yang pengenalanNya tiada berjarak
Jangan ditanya bagaimana boleh bersatu
Jawabnya ada pada Al-Jamii’
yang menyatukan segala yang terpisah
Jangan ditanya akankah bahagia
Jawabnya ada pada Al-Mahbub
Yang menghadirkan segala cinta

Ini jawab dari pinta mereka...
اللهم اني أسالك حبك و حب من احبك وحب كل عمل يقرب إلى حبك
(ALLAHUMMA INNI AS ALUKA HUBBAKA WAHUBBA MAN AHABBAKA WAHUBBA KULLI AMALIN YUQARRIBU ILA HUBBIKA)
Ya Allah sesungguhnya aku memohon cintaMu & aku memohon cinta siapa saja yang menyintaiMu serta kecintaan terhadap segala amal yang mendekatkanku pada cintaMu
**********************

*ku yakin ADA CINTA*

Thursday, March 8, 2012

Terciptanya aku seorang WANITA...


19 Hadis Nabi Mengenai Wanita

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akanhal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10.Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, “Suaminya”. “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah, “Ibunya”.

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut,burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

Sumber : http://www.layarsukses.com/19-hadis-nabi-mengenai-wanita/

Thursday, March 1, 2012

Ku Lepaskanmu...



Ya Rabb,
Jika dia bukan milikku lagi…
Kau hilangkan perasaan cinta yang pernah wujud di dalam hati ini….
Biarlah perasaan cinta itu hanya wujud sekali sahaja untuknya….

Aku tak sanggup derita untuk mencintai dan merinduinya…
Sedangkan ku tahu dia bukan dicipta untukku….
Aku doakan dia bahagia bersama insan lain….
Dan aku juga mahu diri ku bahagia…..

Ya Rabb,
Kau bebaskan perasaan ku ini…..
Terlalu sengsara rasanya memiliki perasaan cinta ini….
Jika memang waktu untuk aku mencintainya telah habis….
Kau tutupkan perasaan cintaku ini untuknya...
Agar bayang2 cintanya tidak terus menghantui hidupku...

Aku tahu aku terlalu mencintainya...
Setiap masa...setiap saat...
Kehilanganya memang sukar ku terima….

Aku tahu…dia takkan kembali kepada aku lagi….
Aku terima ujian Mu ini ya Allah dengan hati yang terbuka…
Walaupun terlalu berat untuk aku hadapinya….

Aku insan yang lemah….
Tetapi aku tak mahu terus lemah…
Lemah hanya kerana gagal dalam bercinta…
Sedangkan cinta yang haqiqi hanya lah padaMu

Ya Rabb,
Bantu lah aku untuk melupakannya...
Aku mahu terus hidup dalam dunia yang nyata …
Aku tak mahu terus merasa derita mencintai dan merinduinya ..
Tak mahu terusan mengusung rindu dan luka ini

Aku telah merelakan dia pergi ya Allah…
Aku terima dengan pilihanya ya Allah..
Aku redha dengan takdir ini yang dia bukan jodohku….
Dan…aku juga mahu cintanya juga pergi…

Biarlah kisah cinta aku dan dia menjadi sejarah…
Sejarah yang lebih mematangkan aku …
Sejarah yang menjadikan aku lebih kuat….
Sejarah yang menjadikan aku lebih bersyukur ….

Ya Rabb,
Terlalu berat ujian cinta ini…
Jadikan aku hamba yang lebih kuat ..
Agar aku tidak lalai dalam kesedihan cinta ini ya Allah…
Semoga satu hari nanti cinta di hati ku ini akan berputik kembali….
Dan jika saat itu telah tiba ya Allah…
Kau labuhkan lah cinta ku itu pada …
Seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu ya Allah..

Amin2…ya Rabbal 'alamiin…


Nota : setia menunggu SAAT itu...

'Mencari Tuhan Yang Hilang'


Alhamdulillah usai membaca sebuah buku yang kiranya benar2 menyentuh jiwa kerdilku, menyedarkanku akan kesilapan2 (walaupun sekecil zarah n tanpa disedari juga disengajakan) yg diperbuat selama ini. Semoga terus istiqamah dalam kesedaran ini.

Sedikit PERKONGSIAN di m/surat 345 buku tersebut :

Rabb,
Hamba datang kepadaMu dgn dosa dan kemaksiatan yang sungguh malu untuk Hamba nyatakan. Namun Engkau lebih mengetahui segalanya.

Rabb,
Hamba datang kepadaMu dengan pengetahuan bahawa Engkau Maha Mengampuni dan selalu mengampuni.

Rabb, Hamba juga datang kepadaMu dengan persoalan hidup yang menjadikan hidupku demikian sempit dan susah. Persoalan hidup yang muncul kerana aku hidup tanpa rahmatMu, dan jauh dari diriMu. Hamba pasrahkan semua persoalan itu kepadaMu.

Rabb,
jangan biarkan HambaMu ini berjalan lagi dalam kegelapan tanpa petunjukMu, tanpa bantuan dariMu,dan Hamba memohon kepadaMu, agar jangan mengembalikan lagi Hamba kepada kesesatan setelah rasa rindu dan sesal datang.

Rabb, Hamba mohon kebaikan dunia dan akhirat buat diri ini dan buat segenap orang-orang yang Hamba kasihi, orang tua Hamba, isteri dan anak Hamba, mertua Hamba, adik-adik Hamba, saudara-saudara Hamba dan guru-guru Hamba. Amiin Ya Rabbal 'Aalamin.