Friday, June 24, 2011

Hayat..Everything Will Come Just Nice...


Mahu hidup seadanya, tanpa terus berharap, tanpa impian dan cita2 melangit tinggi, tanpa CINTA yang itu, bolehkah begitu???

Dunia batinku...ada yang tak mampu kukongsi, tak mampu ku luahkan, biarkan rasa ini membalutku, cukuplah aku seorang...

Tidak semua CINTA memberikan aku HAK untuk memilikinya.

Meniti hari2 yang terkadang meruntun jiwa, apapun yang terjadi teruskanlah, hati akan sentiasa rela memujukku.

Ya Allah Kau tadbirlah urusan duniaku, aku yakin Engkau sebaik2 Pentadbirku. Lalu kukutip kuntum2 semangat menjadi bunga kekuatan buat hari2ku yang suram...aku hidup keranaMu yang SATU.

Ku berjalan penuh harapan walau hidup ini tak selalu membahagiakan..Mahu terus hidup dalam Iman walaupun hariku dipenuhi dengan dugaanMu..Ingin selalu berpegang dengan janjiMu walau aku tidak dapat melihatMu.

Bimbinglah aku dalam membimbing hatiku..Ya Allah.

It's My Life : From Court to School...




Time is a traveler. Where did it go? It left, but it didn't leave me empty handed. No! It left me with the gift of beautiful memories, that I can keep in my heart for safe keeping, to cherish forever, and ever.

Yes it's true the memories will remain living on and touching my heart. So I would like to thank all person who colored my life and the experiences that I faced before will make me a tough one, InsyaAllah.

Sooner or later I will realize that there is no station, no one place to arrive at once and for all. The true joy of life is the trip. Like the sun that shines above is the magic of the changes in my life. Difficult times have helped me to understand better than before, how infinitely rich and beautiful life is in every way, and that so many things that one goes worrying about are of no importance whatsoever.

Note: You can't express every feeling that you have every moment that you have them.

Sunday, June 19, 2011

AKU, AYAH & KENANGAN...

SELAMAT HARI BAPA - ingin sj ku ucap pdnya walaupun insan itu sudah tidak lagi bersamaku kini, berjauhan di 2 alam yang berbeza.Semoga kesejahteraan dan kerahmatan sentiasa buatnya di sana.

Memori indah bersama ayah akan tetap segar terpahat di sanubari.Sejak kecil anak2 ayah amat rapat dengan ayah. Kebanyakan masa ayah dihabiskan melayan anak2...hidup ayah biasanya berada di lingkungan sekolah dan rumah. Seorang yang begitu komited dengan kerjayanya sebagai seorang guru sekolah rendah. Dia adalah guru yang sgt disayangi murid2nya. Kalau kereta ayah memasuki perkarangan sekolah (masa tue SK Mentera) murid2 akan segera membontoti kereta ayah..istimewanya dia di mata murid2nya. Itu yang dpt kuperhatikan bila ayah bawa kami ke sekolahnya kalau ada program pada sebelah petang.

Masa kecil2 aku selalu ikut ayah ke mana ayah pergi, kadang2 singgah minum di kedai(biasanya Kedai Wahab)..ayah akan pesan teh panas+telur..ayah minum dalam cawan n dia akan tuang dalam piring untuk anaknya ini minum..best rasanya.

Masa Tadika Kubang Palas aku ke sekolah dgn ayah sbb tadika tue dekat ngan sekolah ayah. Masa tue umur aku 6tahun dan Yan 3tahun (dah mahu ikut ke sekolah). Jadi kena bangun pagi2 lagi, sementelah mek pula pengusaha kantin di SK Gong Dermin. Jadi kena ikut ayah hantar barang2 ke SKGD dulu baru lah ke SK Mentera. Sepanjang nak ke sekolah ayah selalu pasang lagu nasyid Al Jawaheer dan Al Mizan tidak pun lagu L Ramlee, itu yg aku masih ingat. Biasanya ayah ambil kami di tadika setelah habis waktu sekolahnya. Kadang2 cepat, kadang2 lambat bila ayah ada mesyuarat di sekolahnya.

Ayah n mek berusaha keras mencari rezeki untuk sara kami adik bradik yang ramai (11 orang). Tambahan pula kena cari duit lebih untuk tambahan biaya abe yang belajar di London masa tue dan kakak2 yang masuk universiti. Selain mengajar, ayah juga menternak ayam telur, bercucuk tanam dan banyak perkara lagi ayah buat untuk biaya persekolahan kami,nak harapkan gaji guru sekolah rendah masa tue banyak mana lah sangat. Di tepi rumah kami ayah tanam limau madu (bestnyer teringat limau madu yg buah2nya meranum, byk pokok ayah tanam, kami adik beradik siap 'booking' 1 pokok sorang pokok limau madu tue. Kata kak za ada lori yang akan dtg ambik buah tue untuk dijual, tapi aku x ingat apa2 sbb ingatan budak kecik ini masa tue x mampu merakam banyak detik2 bersama ayah mengharungi kepayahan hidup membesarkan kami.

Terlalu banyak ingatan meluput seiring dengan kedewasaan aku, tetapi banyak momen2 yang penting masih kukuh di ingatan. Ayah bersara masa aku form 3 (1993),sblm bersara ayah ditugaskan untuk mengajar prasekolah, aku ingat lagi ayah berkursus (praktikum)masa prasekolah diperkenalkan di sekolah rendah, kiranya ayah adalah golongan guru prasekolah 'pioneer', yang mula2 mengajar budak2 prasekolah.

Selepas bersara ayah ke Mekah dgn mek dan masanya banyak dihabiskan dgn melazimkan diri ke masjid dan dengar 'orang mengajar' (kuliah tiap Jumaat di Melor). Mek pulak setelah kelahiran Che Na sudah tidak lagi bekerja (mengusahakan kantin sekolah). Jadi mereka berdua byk menghabiskan masa bercucuk tanam ( pernah tanam tembakau, jagung, ubi dan sayur2an)..hidup kami tidaklah sesenang mana, malah kami pernah guna tuala bergilir2 (itu yang aku masih ingat), kalau makan mesti makan bersama2 sebab nanti x cukup lauk.

Saat yang sangat mengujikan apabila ayah diserang stoke (10.04.2003) masa tue aku baru grad UIA, hajat di hati nak chambering di KL, tapi demi melihatkan keadaan ayah aku tolak peluang chambering di KL...aku korbankan sikit masa untuk jaga ayah. Ayah diserang stroke slps balik dari hospital, masa tue ayah tumpang solat zohor dalam bilikku, lps solat ayah panggil aku, ayah minta tolong papah dia untuk berdiri, dia cakap dia x ada kudrat di sebelah kiri badan. Abe Man bawa ayah ke hospital. Ayah ditahan di hospital selama lebih kurang seminggu, amat menyedihkan sebab keadaan ayah sgt lemah. Selepas seminggu keluarga berusaha untuk keluarkan ayah dari hospital untuk berubat tradisional pula. Usaha berubat tidak putus2, ayah selalu dibawa ke rumah tok bomoh urut di Taman Buaya, PCB dan sesekali kami bawa ayah untuk rawatan di tepi pantai. Alhamdulillah usaha membuahkan hasil apabila ayah mula boleh berjalan semula, ayah dengan gembiranya tunjuk pd kami yg dia dah boleh menapak semula.

Pada masa yang sama bila ayah dah Ok sikit aku bekerja sbg guru sandaran di sekolah k.ha dan selepas tue aku minta izin ayah untuk chambering di Pengkalan Chepa, Kota Bharu. Bekerja di negeri sendiri memberiku peluang untuk jaga ayah. Hari long call aku (call to the bar-penerimaan masuk sbg peguamcara peguambela) ayah xdpt bersama2ku di Mahkamah Tinggi KB, hanya mek dan kak ha ajer dpt pergi, tapi pagi2 dah ambik gambar dgn ayah, aku pakai robe. Sepanjang di majlis hati xtenang, minta cepat2 majlis habis sebab ayah tinggal sorang2 di rumah. Alhamdulillah ayah Ok shj ditinggalkan sebelah pagi.

Tahun 2005, tidak lama selepas itu ayah sakit lagi n dia mula lemah di bahagian pinggang ke kaki dan ayah mula 'bed ridden', sudah tidak dapat buat semuanya sendiri. Mek dan kami jaga ayah dan bantu ayah jalani kehidupannya. Alhamdulillah ayah ada menantu yang sentiasa ada untuknya (Abe Man), sedangkan anak2 sendiri xdpt jaga ayah mcm Abe Man disebabkan kekangan kerja dan jarak. Namun anak2 selalu bergilir2 balik jengok ayah. Rutin harianku pagi slps solat subuh, aku bantu abe man mandikan ayah, lampinkan ayah, solatkan ayah dan akhir skali bagi ayah sarapan, lepas tue baru ler bersiap untuk pergi kerja (naik bas huhuhu).Banyak masa dihabiskan bersama ayah - urus keperluan mandi ayah, basuh berak n kencing, mandikan dia , solatkan dia, potong kuku, urut tpt2 ayah lenguh, sapu ubat, urus makan minum ayah, kami yang ada di rumah bergilir2 membantu ayah. Masa ayah boleh menapak dulu, ayah akan tunggu aku blk kerja depan pintu,ayah duduk di sofa di ruang tamu, selagi bas yang aku naiki xsampai dia akan tetap di situ, kdg2 aku beli kuih pau untuk ayah (bila tengok kuih pau skrg mesti ingat ayah. Kalau ada hari ayah sakit aku akan telefon boss (Mr Tay) gtau ayah xsihat dan aku dpt cuti tapi dengan syarat kena ke mahkamah dulu,settle di mahkamah baru aku boleh balik jaga ayah.

Pada akhir 2005 ayah disahkan mengidap kanser prostat, jangkaan doktor hayat ayah dah xlama, tapi kami x jemu berusaha, pelbagai perubatan diikhtiar. Awal 2006 aku ditawarkan mengajar di Perak, untuk buat keputusan aku minta pendapat ayah dan mek untuk bertukar kerjaya dari peguam kepada guru. Lagipun masa tue Yan dah praktikal di sekolah di Kelantan, jadi dia boleh tolong jaga ayah pula. Keputusan di luar kemahuan sebenarnya, serba salah. Sepanjang jalan menuju ke Perak hanya linangan air mata shj yg dapat berkata2 melahirkan rasa hati, aku tengok langit pun aku menangis, anak2 sedara tgk che Tiey menangis diorang senyap sahaja. Aku bukan tinggalkan tanggungjawab aku menjaga ayah tapi demi kehidupan yang lebih terjamin dan berkat, tambahan pula ayah yang restu, kalau ayah kata tidak maka aku takkan tukar profesyenku. Cuti sekolah bulan 3 2006 aku balik ke kg, sempat jaga ayah dan uruskan ayah. Aku masih ingat kali terakhir nak tinggalkan ayah selepas habis cuti sekolah tue ayah pakai baju merah dan putih (belang2), aku peluk cium ayah dan minta maaf, minta maaf jika dalam taatku padanya aku berlaku zalim padanya dengan tidak disengajakan.

Dalam bulan 4, ayah demam. Masa tue aku dah beli tiket untuk pulang ke kg minggu depannya. Mek kata baliklah sebab bila tengok keadaan ayah macam 'dah xlama'. Kami yang duk Perak nie terus ambik keputusan balik hari tu (ahad 16.04.2006). Kami sampai kat rumah dah malam, tengok ayah bernafas putus2, dah xboleh buka mata tapi masih boleh menggangguk2 mengiyakan cakap. Kami bergilir2 jaga ayah. Zohor Isnin17.04.2006 aku berada di sisi ayah masa mek solat zohor dan lps tue aku ajak Fendi (sepupu) ke Klinik Dr Zahar untuk ambik MC. Dr Zahar ialah doktor yang datang rawat ayah di rumah, dia pesan ayah tue dah nampak lain dah, kalau boleh selalu la duk di sisinya. Keluar dari klinik masa dalam perjalanan balik dan berada di kg sebelah aku terima telefon dari k.da, dia ckp cepat balik ayah dah xada. Fendi bawa kereta laju dan bila sampai rumah aku cepat2 dptkan ayah, tgk org dah ikat dagu ayah, aku macam xpercaya, muka ayah dah kuning...aku terkedu dan aku x menangis..aku terkejut dan macam xdpt terima hakikat dia telah pergi..3.08pm ISNIN 17.04.2006 dalam kenangan. Rindu padanya rindu yang tak bertepi, damailah ayah di sana diiring doa2 kami yang amat menyayangimu, suatu masa nanti kami juga akan menyusul kerana berpindah ke alam itu adalah BENAR dan MATI itu adalah permulaan untuk kehidupan yang baharu. Semoga kita tergolong dalam hamba2Nya yang mendapat kemuliaan hidup di sini dan di sana.

(Airmata bercucuran mengingatmu ayah...damai dan sejahtera hendaknya duhai ayahku selagi hayat dikandung badan akan ku utus bekal untukmu di sana, semoga Allah membantuku menjadi anakmu yang solehah. Amiin)

TRIVIA tentang ayah :
-ayah selalu bawa air untuk letak tepi katil sebab bila mlm aku dan yan akan dahaga n cari air
-ayah selalu ada untuk buang katak, wpun kdg2 ayah sendiri yang usik katak
-ayah ajar kami menabung (tabung Mickey untuk Yan, Unta untuk Hisyam, Donal Duck utkku)
-ayah xsuka kami ponteng sekolah sbb kata ayah kalau tak pergi sekolah kita akan rugi, sbb tue kalau sakit ayah akan dtg ambik kami ke hospital masa rehat di sekolah dan kena masuk sekolah semula slps blk hospital
-ayah selalu prihatin bila kami sakit, sakit sikit mesti bawa ke hospital, kdg2 ayah kena marah kat misi sbb semua kes sakit dia nk bawa ke emergency
-ayah sanggup tunggu berjam2 lama di hospital demi kami masa kami sakit, sbb lama tunggu turn ayah akan tertidur sambil duduk
-ayah ajar kami cara berpengakap
-ayah suka tulis poskad untuk anak2 bila hntr parcel kat anak2 yg blajar jauh
-ayah suka buat magik (ayah tunjuk byk duit syiling bwh tiang stor kereta, sbnrnya dia yg letak ctew -byk duit dlm lubang tanah)
-slps pencen ayah tetap membahasakan diri dgn'saya' sdgkan org2 kg guna ambo/kawe
-dlm poket ayah mesti ada pen wpun dah pencen jd ckgu
-ayah suka pesan 'jgn baloh adikbradik' dan itu pesanan dlm poskad dr Mekah dan pesanan sblm dia meninggal yg aku ingat
(banyak lagi sebenarnya yg aku xtahu tentang ayah, semoga pengorbanannya dibalas olehNya)

Friday, June 17, 2011

all about 5s...



Seiri
Tidiness
Throw away all rubbish and unrelated materials in the workplace

Seiton
Orderliness
Set everything in proper place for quick retrieval and storage

Seiso
Cleanliness
Clean the workplace; everyone should be a janitor

Seiketsu
Standardization
Standardize the way of maintaining cleanliness

Shitsuke
Discipline
Practice 'Five S' daily - make it a way of life; this also means 'commitment'

Thursday, June 9, 2011

TUA SEUSIA LAGI...





09062011 - ALHAMDULILLAH WA SYUKRULILLAH atas segala nikmat2Nya kepadaku... semoga dipermudahkan dalam setiap urusan duniawi dan dipermudahkan di sana nanti...