Saturday, July 30, 2011

HIMPUNAN MUTIARA KATA - (RAHSIA WANITA)

‎~ Mutiara Kata : Jika hari ini kau ditimpa musibah, ia petanda Tuhan sdg menduga kerana ada rezki yg ingin diberiNya. Jika yg kau nantikan tidak kunjung tiba, lihat-lihatlah disekeliling kerana rezki dtg dlm pelbagai bentuk rupa, tidak semestinya berupa wang atau harta kekayaan. Jika setelah melihat tiada yg berubah disekelilingmu, tetap bersyukurlah kiranya Tuhan memberimu rezki berbentuk kesihatan usia dan rahmat utk melihat langit dan memijak bumi buat sehari lagi disamping mereka yg kau kasihi. ♥

‎~ Mutiara Kata : Seringkali kita beranggapan, yg di depan mata tidak akan dapat diperbaiki mahupun berubah sedangkan kita tak pernah mencuba utk memperbaiki dan merubah. ♥

‎~ Mutiara Kata : Adakalanya menyendiri buat seketika adalah lebih baik kerana ia memberi sedikit ruang utk mengenali diri sendiri. Ruang yg ibarat mencermin diri, mengimbas segala perilaku, yg baik mahupun yg sebalik. Ruang yg memberi kesedaran siapa yg kekal tak kira dlm keadaan apa dan siapa pula yg sekadar menumpang di waktu ketawa. Ruang yg mendekatkan hati akan adanya tuhan dan yg sedang berdepan, hanyalah dugaan. Ruang yg mengingatkan akan suatu hari, segalanya akan ditinggalkan dan yg ada hanyalah diri sendiri. ♥

~ Mutiara Kata : Adakalanya apa yg kita perolehi tidak seindah apa yg kita harapkan tetapi apa yg boleh kita lakukan adalah menerima dan bersyukur seadanya dgn apa yg kita perolehi demi mengecap kenikmatan yg mungkin tidak pernah pula kita harapkan. ♥

ARTIKEL - PANAS BARAN

PANAS BARAN - Artikel ini ditulis untuk Majalah Juawan keluaran DAS Publishing.
Oleh:
Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad
Perunding Motivasi, MAP Training & Consultancy Sdn. Bhd.
Presiden TAMRIN (Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia).
drasmadi@maptraining.com.my


1) Punca-punca sikap panas baran.

Dalam satu hadis Nabi SAW baginda ada bersabda:
"Daripada Abi Hurairah bahawa Rasul SAW. Bersabda : Tidaklah boleh dikatakan kuat (gagah) itu, kerana kuat bergusti, bahkan kekuatatan yang sebenar itu ialah mereka yang dapat menguasai dirinya ketika marah".

Jelas sekali di sini bahawa Nabi sendiri mengiktiraf wujudnya perasaan marah dalam diri seseorang namun begitu ia sesuatu yang boleh dikawal dan diatasi. Dan tidaklah boleh seseorang itu mengawal perasaan marahnya itu melainkan dengan ilmu serta kekuatan jiwa dan iman.

Panas baran wujud disebabkan kegagalan seseorang itu mengawal emosinya ketika emosinya itu terganggu. Biasanya, wujud faktor-faktor yang menjadi pencetus atau dipanggil pemicu (trigger) kepada timbulnya perasaan marah ini.
Faktor yang menjadi penyebab perasaan marah itu berbeza-beza bagi setiap orang dan ia bergantung kepada faktor sekeliling, pengalaman dan sejarah seseorang itu dibesarkan.

Berikut adalah antara faktor yang menjadi punca timbulnya sikap panas baran itu:

Seseorang itu dibesarkan oleh ibu atau bapa yang kuat marah. Kesannya, sikap marah ini dipelajari olehnya sejak kecil dan mula diwarisinya.

Mengikut penagalamannya, apabila dia marah maka dia memperolehi apa yang dihajatinya. Atau orang lain akan tunduk dan ikut kata-katanya. Ganjaran sebegini membuatkan minda bawah sedarnya percaya bahawa dengan panas baran maka matlamatnya boleh tercapai. Tanpa disedari ia menjadi satu habit yang sukar untuk dibuang.

Panas baran adalah satu sikap mazmumah yang ada dalam diri dan meupakan pintu masuk syaitan. Apabila dituruti perasaan baran ini seseorang itu boleh meyesali setiap perkataan dan perbuatan yang dilakukannya ketika dibawah perasaan negatif ini.

Disebabkan oleh sifat ego yang terlalu tinggi dan merasakan bahawa dirinya sahaja yang betul berbanding dengan orang lain.

Apabila cakapnya tidak didengar atau nasihat tidak diendahkan. Sedangnya padanya, apa yang disampaikannya itu penting.

Apabila dirasakan haknya diambil, dirampas atau dicabuli.

Apabila seseorang itu merasakan kuasa dan kedudukannya tidak dihormati dan setiap arahan yang diberikan tidak dipatuhi dan dilaksanakan.

Faktor usia yang muda juga ada kaitannya dengan panas baran. Usia yang muda juga biasanya bermakna kurang pengalaman hidup lalu sukar membuat pertimbangan, kurang peka terhadap perasaan orang lain dan mudah ikut hati dan perasaan.



Yang dikatakan panas baran itu adalah apabila seseorang itu mudah rasa marah dan berulang kali pula melakukan perkara tersebut. Kadang-kala perkara kecil juga boleh menimbulkan kemarahan pada kadar yang tidak sepatutnya. Tetapi sebaliknya jika marah itu berlaku sesekali dan bertempat, maka itu bukanlah dikatakan sebagai panas baran.

2) Adakah ia berkaitan dengan keturunan atau penyakit jiwa?

Kalau sekadar marah, semua orang memilikinya dan pernah melaluinya. Tetapi kalau kadar kemarahan itu kerap dan terlalu mudah hilang kawalan, bermakna ia adalah masalah jiwa yang perlu dirawat. Ada juga berpunca dari kesan penderaan emosi sewaktu kecilnya lalu menjadi trauma. Pengalaman negatif ini tertanam dalam minda bawah sedar dan meletus apabila ada faktor yang seumpama dengannya berlaku. Malah ada ketikanya sifat marah yang terpendam ini bertukar menjadi amuk.

Tidak dinafikan masyarakat Melayu terutamanya percaya wujudnya saka. Saka adalah merujuk kepada jin yang diwarisi oleh sesuatu keturunan bermula dari nenek moyang kita dahulu hingga kini. Meski pun generasi hari ini tidak percaya akan wujudnya saka, namun realitinya perjanjian telah pun dibuat antara nenek moyang mereka dengan makhluk halus ini mengikut perjanjian tertentu. Apabila penjanjian dimungkiri maka anak cuculah yang menjadi mangsa dan pelbagai masalah yang pelik berlaku. Ini boleh juga menjadi penyebab terdorongnya rasa baran yang melampau. Sebab itulah sejarah keluarga perlu dikaji dan kaedar terapi al-quran serta rawatan Islam perlu digunakan.

3) Tanda-tanda seseorang itu panas baran?

Tanda-tanda seseorang itu panas baran ialah apabila dia dengan mudah hilang kawalan sama ada melalui mimik muka, perkataan atau dengan tindakan. Ada ketikanya perkara yang dia hilang kawalan diri merupakan perkara yang kecil dan remeh temeh. Apabila isu-isu kecil dijadikan besar dan kemarahan yang dilontarkan itu melampaui had maka itu tandanya seseorang itu ada sikap panas baran.

4) Bagaimana tangani sikap panas baran?

Berikut adalah beberapa tip untuk tangani sikap panas baran:

Panas baran datangnya dari api yang meluap-luap dari dalam. Oleh itu ambillah segelas air sejuk lalu minum.

Ambil wuduk dan jika berpeluang terus dirikan solat sunat dua rakaat. Ubah posisi atau kedudukan. Kalau kita sedang marah ketika berdiri maka duduklah. Kalau sedang duduk maka berdirilah. Perubahan posisi ini dapat membantu meredakan perasaan. Rasulullah SAW bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring.” (Riwayat Muslim)

Beristighfar dan berselawat banyak-banyak.

Banyakkan membaca buku-buku motivasi. Malah salah satu buku yang pasti mengubah cara fikir seseorang dan perlu dijadikan rujukan setiap masa adalah ‘How to win friends and influence people’, iaitu salah satu buku klasik yang telah ditulis oleh Dale Carnegie.

Kenali diri sendiri dan ketahui apakah faktor-faktor yang boleh menjadi pemicu kepada sikap panas baran itu. Cuba untuk berada dalam kawalan setiap kali faktor tersebut wujud.

Ingatkan diri sendiri bahawa apa yang dilakukan terhadap orang lain satu hari nanti akan berlaku ke atas diri kita sendiri pula. Ia adalah Hukum Karma yang kita tidak dapat lari darinya.

Sedar apa yang ada dalam kawalan kita dan apa pula yang tidak. Jika sesuatu itu bukan dalam kawalan kita maka marah tidak akan mengubah apa-apa. Sebaliknya ia sekadar membawa penat dan meningkatkan rasa stres yang akhirnya memudaratkan diri sendiri.

Jika sikap panas baran itu sukar dikawal maka perlu temui kaunselor atau pakar psikiatri sebelum sesuatu yang tidak diingini berlaku.

Sentiasa berfikir positif dengan katakan pada diri bahawa setiap yang berlaku itu ada hikmah dan kebaikannya. Fokus kepada hikmah. Misalnya, jika seseorang itu memotong barisan kenderaan dalam kesesakan trafik, kita katakan pada diri “oh, orang itu mungkin tergesa-gesa mahu ke tandas”, atau, “oh, mungkin anaknya sakit dan memerlukan dia sampai cepat dan satu hari aku pun mungkin terpaksa lakukan perkara yang sama jika sudah terpaksa”. Dengan cara ini kita telah berjaya alihkan fokus minda dari tertumpu kepada sesuatu yang boleh mencetuskan perasaan baran.

Tinggalkan tempat berlakunya kemarahan tersebut dan pergi ke tempat lain. Lagi lama kita berada disitu lagi tertekan rasanya hati. Ketika sudah berada jauh dari situ, tarik nafas dalam-dalam. Otak ketika marah kekurangan oksigen. Oleh itu pejamkan mata lalu tarik nafas perlahan-lahan melalui dalam kiraan 7 dan rasakan udara sejuk masuk melalui hidung. Lepaskan nafas juga melalui hidung dalam kiraan 7. Rasakan udara panas yang melalui rongga hingga dihembus keluar. Katakan pada diri secara positif, “Kini aku seorang yang sabar dan tenang serta mampu mengawal diri”.

Mereka yang panas baran perlu banyak riadah sebab badan yang cergas banyak membantu akal untuk mengawal emosi.

Jaga pemakanan, elakkan dari banyak memakan daging merah. Sebaliknya lebihkan memakan sayur dan buah-buahan.



5) Apakah bentuk bantuan yang boleh masyarakat atau orang sekeliling berikan kepada seorang panas baran.
Jangan tambah lagi kemarahan seseorang itu hingga boleh membawa kemudaratan kepada dirinya atau orang sekeliling.

Faham faktor-faktor yang menjadi pemicu baginya dan cuba untuk tidak memulakannya.

Sabar dengan mereka yang panas baran, cuba bercakap dengannya dalam nada yang
perlahan lagi lembut.

Ajar dia beristighfar dan menarik nafas dalam-dalam.

Berikan dia segelas air sejuk.

Usah berada di situ, biarkan dia sendiri buat sementara. Mungkin dia perlukan masa dan ruang untuk kembali rasional.

Wujudkan kumpulan sokongan yang membolehkan mereka yang mempunyai sikap panas baran ini berkumpul berbincang dan meluahkan isi hati. Ada ketikanya menyedari bahawa masalah ini bukan masalah kita seorang banyak membantu kita untuk menerima hakikat dan berusaha memperbaiki diri.

6) Kesimpulannya.

Allah mencipta manusia ini sebagai sebaik-baik kejadian dan sebagai khalifah di muka bumi. Oleh itu setiap bentuk emosi yang dianugerahkan oleh Allah itu adalah untuk kebaikan manusia itu sendiri. Begitulah juga dengan sikap marah. Jika seseorang itu marah kerana nafsu maka ia akan membawa kepada keburukan sebaliknya jika marahnya itu kerana Allah maka ia akan membawa kepada kebaikan dan kemuliaan.

Pernah satu ketika Saidina Ali sedang marah pada musuhnya lalu menghunus pedang mahu membunuhnya. Namun, hasratnya itu dibatalkan. Lalu musuh itu bertanya kepada Saidina Ali kenapa dia tidak mebunuhnya. Saidina Ali lalu menjawab yang beliau tidak mahu membunuh musuh kerana perasaan marahnya. Tetapi sebaliknya Saidina Ali membunuh musuh kerana Allah dan Rasul demi menegakkan syiar Islam.

Panas baran ini adalah satu penyakit yang ada kaitannya dengan masalah jiwa dan setiap penyakit itu ada ubatnya. Apabila kita menerima hakikat yang diri ini memang bermasalah dan mula membuka hati untuk merawatnya maka panas baran akan mudah diatasi. Lihatlah kehidupan ini dari ruang lingkup yang luas dan bukannya melalui tingkap yang sempit. Dalam hidup ini kita perlukan orang lain lebih-lebih lagi mereka yang rapat dan ada pertalian keluarga dengan kita. Sikap panas baran hanya akan menjauhkan mereka dari kita dan ini merugikan hidup. Hidup ini perlu banyak bersabar dan berlapang dada. Hanya dengan kesabaran sahajalah akan wujudnya kejayaan, kebahagiaan dan kemakmuran.

Friday, July 15, 2011

Kembalikan Lagi Senyumku...


Sekian lama mendung masih disini
Belum permisi tinggalkan pengap didada
Kecewanya hatiku hilangkan relung hati
Hampir saja ku mati mati rasa padamu

Kembalikan lagi senyumku yang manis seperti dulu
Ku rasa kini aku tertahan
Menahan luka yang amat dalam

Kembalikan lagi senyumku aku tak betah begini
Semenjak hati dan jiwa luka
Ku kehilangan senyum

Sekian lama mendung masih disini
Belum permisi tinggalkan pengap didada

Kembalikan lagi senyumku yang manis seperti dulu
Ku rasa kini aku tertahan
Menahan luka yang amat dalam

Kembalikan lagi senyumku aku tak betah begini
Semenjak hati dan jiwa luka
Ku kehilangan senyumku

Kembalikan lagi senyumku aku tak betah begini
Semenjak hati dan jiwa luka
Ku kehilangan senyum

Kerdil Aku Di sisimu...


“Ya Allah….segalanya kuserahkan kepada-Mu. Aku hanya hamba-Mu yang kerdil yang tidak bisa berbuat banyak. Biarlah Engkau yang memilih cinta dan memilih kehidupan untukku. Aku tidak ingin memaksa Engkau memberikan apa yang aku mahu…berikanlah apa yang terbaik menurut ilmu-Mu itu padaku. Kerana seluruh hidupku..cintaku..dan nyawaku adalah milik-Mu yang mutlak dan hakiki"

“Ya Allah…apakah tiada yang namanya bahagia itu untukku didunia ini?? Kenapa hidup ini sering tidak menyebelahi diriku? Andai dengan segala derita ini Engkau ingin menghapuskan segala dosa-dosaku, alangkah ringannya penderitaan ini. Andai dengan derita ini Engkau ingin selamatkan aku dari neraka-Mu dan memasukkan aku kedalam syurga-Mu yang kekal abadi..alangkah indahnya penderitaan ini”