Sunday, February 27, 2011

EFFECTIVE PEOPLE




1.Believe there is no such thing as perfection.
2.Believe the basic intention of life, the universe, people, etc, is relatively good Everyone always believe that they are right and that are doing good, from their own perspective.
3.Seek only obtaining a result, a decision, a change, not to win or lose.
4.Believe there is no failure or success, only feedback, knowledge.
5.Act with integrity and honesty.
6.Do something else, or stop doing nothing, if things are not to their preference.
7.View ideas and thoughts from various viewpoints.
8.Have a clear idea of objectives.
9.Believe mind and body are part of the same system.

Saturday, February 26, 2011

BELAJARLAH...


Belajarlah melakukan yang benar dan betul buat pertama kali.
Itu yang terbaik. Tetapi jika tidak, cubalah membetulkannya buat kali kedua, ketiga dan seterusnya. Jangan jemu untuk cuba melakukan yang terbaik, kerana kata bijak pandai: Kebaikan itu perlu dimulakan berkali-kali!

QUOTE OF THIS DAY...


IBN AL QAYYIM berkata :
TAHUN adalah pohon,
BULAN adalah cabang2nya,
HARI adalah ranting2nya,
WAKTU adalah daun2nya,
dan NAFAS adalah buah2annya.
Siapa yang setiap nafasnya dapat mentaati Allah,
maka buah pohon (kehidupannya) adalah baik.

Friday, February 25, 2011

QUOTES OF THE DAY..


You can teach a student a lesson for a day; but if you can teach him to learn by creating curiosity, he will continue the learning process as long as he lives. ~ Clay P. Bedford~

Get over the idea that only children should spend their time in study. Be a student so long as you still have something to learn, and this will mean all your life. ~ Henry L. Doherty~

I find four great classes of students: The dumb who stay dumb. The dumb who become wise. The wise who go dumb. The wise who remain wise. ~ Martin H. Fischer~

The whole purpose of education is to turn mirrors into windows. ~Sydney J. Harris~

Education is what remains after one has forgotten what one has learned in school. ~Albert Einstein~

It is a thousand times better to have common sense without education than to have education without common sense. ~Robert G. Ingersoll~

The important thing is not to stop questioning. -Albert Einstein~

Education is a progressive discovery of our ignorance. ~Will Durant~

Men are born ignorant, not stupid; they are made stupid by education. ~Bertrand Russell~

Learning makes the wise wiser and the fool more foolish. ~John Ray~

TIPS MENJADI INDIVIDU YANG DISENANGI


Lima tips mudah dan boleh dipraktikkan sekiranya berminat untuk menjadi individu yang disenangi:

  1. Belajar mendengar - Sabar mendengar dan menjadi pendengar setia kepada individu yang lain merupakan salah satu cara untuk memenangi hati orang lain. Manusia secara asasnya suka mendengar suara mereka sendiri. Bila ada seseorang yang suka mendengar individu tersebut bercerita pastinya individu berkenaan akan besifat lebih terbuka kepada orang yang mendengar.
  2. Menghargai orang lain – Menghargai pandangan, pendapat mahupun tindakan individu lain juga merupakan strategi berkesan untuk memenangi hati orang lain. Hakikat azalinya manusia memang sukakan pujian yang akan meningkatkan motivasi dan semangat mereka dalam apa jua keadaan. Asasnya individu yang dipuji akan menjadi lebih terbuka dan mudah menerima pandangan daripada orang yang memujinya.
  3. Berfikiran Dan Berkelakuan Positif – Sentiasa memikirkan sesuatu dalam perspektif yang positif dan menunjukkan reaksi yang positif dalam sesuatu keadaan, juga mengelakkan diri dari menggunakan bahasa yang negatif mahupun bahasa-bahasa yang boleh menyakitkan hati pendengar. Asasnya tidak ada individu normal yang suka dipersalahkan. Dengan cara berfikiran dan berkelakuan positif individu terlibat akan mudah disenangi oleh orang sekeliling dan pada masa yang sama akan memudahkannya untuk mempengaruhi persekitaran sekelilingya.
  4. Berminat pada orang lain – semasa berinteraksi, minimakan fokus perbualan atau perbincangan kepada diri sendiri. Individu yang terlalu fokus mengenai diri sendiri akan cepat membosankan orang lain. Sebaliknya tunjukkan minat terhadap perbualan dan kisah orang lain. Untuk menjadi orang yang disukai, galakkan orang di persekitaran bercerita tentang diri mereka; dan
  5. Mudah Bersetuju – Asasnya secara semulajadi manusia sukakan orang yang bersetuju dengan mereka. Manusia juga mudah menyukai mana-mana individu yang mempunyai pandangan, persepsi, sikap dan kelakuan yang bersamaan dengan mereka. Dengan cara menunjukkan persetujuan kita membantu meningkatkan kepercayaan diri individu terlibat. Oleh yang demikian akan memudahkan urusan kita untuk menguruskan mereka.

SELAMAT MEMBINA HABLUMMINANNAS..

SHAKESPEARE SEVEN AGES OF MAN


Shakespeare telah menggariskan 7 peringkat kehidupan manusia dari mula lahir sehingga meninggal dunia iaitu Infancy, boyhood, Lover, Soldier, Justice, Pantaloon dan Second childishness.

Penerangan lebih lanjut mengenai peringkat kehidupan tersebut adalah seperti:

  1. Infancy – Peringkat permulaan hidup seorang manusia, belum mengenal apa-apa kecuali apa yang ada di sekitarnya sahaja. Perlu di beri perhatian penuh dan jagaan yang sempurna;
  2. Boyhood – Baru mengenal dan belajar perkara asas dalam hidup, aktiviti hidup lebih kepada belajar mengenali benda-benda baru secara ‘straight to the point’ tanpa sebarang maksud disebaliknya. Bermain, makan dan bergembira asas utama kehidupan masa ni;
  3. Lover – Mula mengenal perasaan cinta dan dicintai. lebih tepat lagi di alam remaja dan mula mengenal dunia dan persekitaran yang lebih luas dan masa untuk membina persahabatan, rakan dan kawan;
  4. Soldier – Peringkat paling agresif dalam kitaran hidup manusia, itu yang di rujuk sebagai Askar tu, darah panas dan membuak-buak, pantang di tegur dan mementingkan diri sendiri merupakan di antara kriteria manusia di peringkat ini;
  5. Justice – Pada tahap ini seseorang individu mula memikirkan cause dan effect secara serius dalam kehidupannya, pertimbangan akal dan fikiran yang lebih matang dalam menilai sesuatu tindakan dan juga berfikir bukan untuk diri sendiri semata-mata malahan turut mengambil kira orang-orang disekelilingnya;
  6. Pantaloon – Pada tahap pantaloon seseorang individu boleh dianggap sudah berjaya menempuhi hidup dan mencapai kekayaan, kesenangan dan sebagainya mengikut usaha masing-masing. Pemikiran pada tahap ini adalah untuk berkongsi kesenangan dengan mereka yang berada di sekelilingnya dan juga fokus kepada apa yang mereka minati; dan
  7. Second childishness – di peringkat umur warga emas dalam istilah zaman sekarang, tahap pemikiran individu di peringkat ini kembali kepada zaman kanak-kanak dahulu dan juga memerlukan perhatian dan bantuan daripada orang sekeliling.

Wednesday, February 23, 2011

LAU LA MURABBI...MA A’RAFTU RABBI...




(sumber : blog talaqqi UIA)

LAU LA MURABBI...MA A’RAFTU RABBI...

(Kalaulah tanpa guruku, takkan mungkin ku dpt mengenal tuhanku)


Berkata Al-Faqiirul Haqiirul Faanii, al-Muznibul Jaanii, ar-Raajii min Rabbihil ‘Afwa ma’a Buluughil Aamaanii, Muhadir bin Haji Joll as-Sanariyy:

“Para masyaikhku telah menasihatkanku beberapa perkara:

“Ikhlaskan niatmu dalam menuntut ilmu kerana sukar bagi hati untuk dimasuki cahaya jika di dalamnya ada sesuatu yang dibenci Allah.”

“Sucikan hatimu dari kekotoran maksiat kerana hati yang kotor tidak dapat menerima rahsia-rahsia ilmu dan kurniaan Allah.”

“Tuntutlah ilmu agama secara talaqi daripara masyaikh yang bersanad kerana ada padanya madad dan keberkatan.”

“Ilmu adalah sangat mulia. Justeru, bersabarlah dalam menuntut ilmu kerana semakin bertambah mulia sesuatu yang dituntut, maka semakin bertambah pula keletihan dan kepayahan dalam mencapainya.”

“Muliakanlah para ulama’, ilmu dan kitab-kitab mereka. Lazimikanlah dirimu untuk membaca kisah-kisah dan kitab-kitab para Salafus Soleh dan ulama Khalaf yang soleh terutamanya kitab Ihya ‘Ulumiddin karangan Hujjatul Islam, Al-Imam Al-Ghazzali kerana ia adalah perbendaharaan dari segala macam ilmu dan penawar yang mujarab bagi penyakit-penyakit hati.”

“Menuntut ilmu bukan hanya untuk mengisi otak dan fikiran, tetapi juga untuk memperhaluskan perasaan dan menyuburkan kebijaksanaan. Apa yang dicari bukan hanya semata-mata ilmu, tetapi juga manfaat dan keberkatannya. Justeru, jagalah adab-adab ketika menuntut ilmu untuk memperolehinya.”

“Cintailah Rasulullah dan keturunannya kerana jika hanya berilmu tanpa Mahabbatun Nabi, hati akan menjadi ‘gersang’.”

SaHaBaTku...


Persembahkanlah yg terindah bagi sahabatmu.
Jika dia harus tahu musim surutmu, biarlah dia mengenal pula musim pasangmu.
Gerangan apa sahabat itu hingga kau sentiasa mencarinya, utk sekadar bersama dalam membunuh waktu?
Carilah ia untuk bersama menghidupkan sang waktu! dialah yang bisa mengisi kekuranganmu,
bukan mengisi kekosonganmu, dalam manis persahabatan, biarkanlah ada tawa ria berbagi kebahagiaan, dalam titis-titis embun pagi, hati manusia menemukan segar kehidupan
(KAHLIL GIBRAN)

Tuesday, February 22, 2011

HaTi


Hati-hati menjaga hati,
Takkan dapat diambil hati selagi tidak memberi hati..
Biarkan hati di situ,
Usah terlalu mengendahkannya,
Hati itu sifatnya bolak balik,
Moga bijak menuntun hati...
Hatiku hatimu milikNya...
DIA yang menjagaNya..

Friday, February 18, 2011

FOOD 4 MY SOUL...


Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya. Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata. Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati. Tetapi kita bahagia dalam dakapannya.Semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik..InsyaAllah...

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.

Pilihan Allah tak selalu seindah inginmu, tapi itu
pilihan-Nya.
Tak ada yang lebih baik dari pilihan Allah.
Mungkin kebaikan itu bukan pada lelaki yang
terpilih itu, melainkan pada jalan yang kaupilih,
seperti kisah seorang wanita sudi di masa lalu
yang meminta ke-Islam-an sebagai mahar pernikahannya.
Atau mungkin kebaikan itu terletak
pada keikhlasanmu menerima keputusan Sang Kekasih Tertinggi.
Kekasih tempat kita memberi semua cinta dan menerima cinta
dalam setiap denyut nadi kita.

Ruhul Qudus, Jibril as kepada Rasulullah, 'cintailah segala yang kau miliki semahumu, akhirnya kau terpaksa berpisah dengannya.' Gengamlah tanganku ini, kita lestarikan cinta yang lama terkubur...

"Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu, agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu"

"Kurniakanlah aku seseorang yang aku perlu, bukan seseorang yang aku mahu"

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia.. Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia.. Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya.. Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti...

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan.
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

DOA...

Ya Allah Ya Tuhanku,

Aku berdoa untuk seorang ADAM yang akan menjadi sebahagian dari hidupku..

Seseorang yang sungguh mencintaiMu lebih dari segala sesuatu..

Seorang ADAM yang akan meletakkanku dihatinya setelah Engkau..

Seorang ADAM yang hidup bukan untuk dirinya sendiri tetapi untukMu..

Aku bukanlah mencintai zahirnya semata-mata kerana ketampanannya..

Tapi hanya kerana hatinya yang teguh mencintai Engkau tuhanku..


Tuhanku..

Aku tidak meminta seseorang yang sempurna namun aku meminta seseorang yang tidak sempurna..

Agar aku dapat membuatnya sempurna pada pandanganMu..

Dan menyokong dan meneguhkan hidupku..

Seseorang yang dapat menjadi sahabat terbaikku dalam setiap waktu..

Seseorang yang membuatkan senyumanku mengatasi segala kesedihannya..


Tuhanku..

Aku juga meminta..

Jadikan aku seorang perempuan yang dapat membuatnya bangga..

Berikan aku hati yang sungguh mencintai Mu sehingga aku dapat mencintainya dengan sekadar cintaku..

Berikan aku tangan yang akan selalu mampu berdoa untuknya..

Berikanlah aku penglihatan sehingga aku dapat melihat banyak hal baik dan bukan hal buruk dalam dirinya..

Berikanlah aku pertuturan yang penuh dengan kebijaksanaan..

Agar aku mampu memberikannya semangat dan sokongan padanya setiap hari yang mendatang..


Tuhanku..

Dan bilamana akhirnya kami akan dipertemukan,

Aku berharap kami berdua dapat mengatakan:”Betapa Maha Besarnya Engkau kerana telah memberikan aku pasangan yang dapat membuat hidupku menjadi sempurna”

Aku mengetahui bahawa Engkau ingin kami bertemu pada waktu yang tepat..

Dan Engkau membuat segala sesuatunya indah pada waktu yang Engkau telah tentukan..

Wahai Tuhanku..perkenankanlah permintaan HambaMu yang dhaif ini...

ACUAN MINDA...(Rumusan Bacaan)

Untuk renungan bersama... intipati pembacaan :

1) Alam ini adalah buku terbuka utk dikaji oleh manusia.Ibarat buku sudah tentu ada penulisnya. Alam ini merakamkan rahsia penulisnya Yang Maha Agung, untuk manusia menelitinya supaya keyakinan manusia terhadap Penciptanya bertambah kuat. Pancaran keyakinan itu yang dipandu oleh kalamNya mampu membimbing manusia memiliki aqidah yang hebat n iman yg kuat.

2) Apa yg blaku pd zmn terdahulu harus mjadikan kita futuristik thadap perubahan. Hijrah dlm erti kata merintis perubahan kpd tamadun contoh telah membimbing manusia mjadi lebih beradab, mjadikan akhlaq sebagai tunggak kekuatan n kecemerlangan ilmu sbg sumber kemajuan.

3) Tamadun Islam di zaman puncaknya tbangun dgn budaya intelek yg tinggi. Umara' dalam beberapa tradisi kepimpinan mjadi penaung kpd tradisi intelektualisme yg sihat. Perdebatan n perbezaan pendapat berlaku tetapi di klgn mereka mpunyai etika yg tinggi utk menerima yang BERBEZA itu BERBEZA n yang SAMA itu SAMA.

4) ROH SOLAT apabila mjadi sandaran dlm kehidupan myebabkan manusia:

ingin fokus dlm kerja (khusyu'), mpunyai daya kepimpinan n kepengikutan yg baik (Imam n Ma'mum), bdiri atas saf-saf yg tsusun rapi (daya saing yg tinggi), terbina jiwa jamaah yg baik (kerja bpasukan) n mohon keampunan n barakah dariNya (muhasabah n natijah kerja yg berkualiti).

5) Mengubah tingkah laku manusia, sikap n pemikiran adalah suatu kerja yg payah. Pendidik adalah murabbi, muallim n juga muaddib.

6) HIKMAH lah yg mjadi suluh kpd akal n emosi. Hasil pemikiran, dapatan dan pgalaman tanpa disuluh oleh hikmah ianya tidak memberikan makna yang hakiki.

7) Berfikir analitikal dlm konteks al Quran mbawa para remaja sentiasa sedar n menginsafi bahawa kisah-kisah dlm al Quran terkandung himah, rahsia n pengajaran yg amat mulia.

8) Sesuatu yg wujud tidak semestinya maujud (dpt dilihat n dipegang) - perkara2 ghaibiyyat.

9) TRADISI - memahami tradisi adalah memahami sesuatu yg telah berlalu. Ia dijadikan asas n landasan supaya wujud kesinambungan pd hr ini n masa depan. Wahyu yg turun meninggalkan tradisi keilmuan, petunjuk n hikmah. Sunnah yg bkembang mninggalkan tradisi contoh. Tradisi Quran n Sunnah mberi suluh kpd tbinanya budaya Islami.

10) Fahaman Tradisi : merujuk kpd sesuatu yg telah blaku n mjadi asas kpd sistem kepercayaan n agama.

11) Fahaman Liberal : merujuk kpd aliran falsafah pemikiran Barat yg tcabit akar tradisinya n tidak mjadikan agama n nilai2 mutlak sbg sandaran.

12) Fahaman Pluralis : ilah wujudnya tanggapan beragama dgn titik psamaan bahawa semua agama adalah baik n semua agama mbawa kebenaran sehingga tdk dpt mbezakan yg mana satu agama samawi (agama yg mpunyai kitab), agama budaya dan agama falsafah yg asas konsep dan matlamatnya adalah tidak serupa.

13) Membangun pengetahuan tentang teknologi tinggi @ 'high tech' umpamanya tidak melupakan kepentingan sentuhan keinsanan @ 'high touch' supaya asas keinsanan dilihat sbg yg amat utama.

14) Dalam tradisi pendidikan Islam, matlamat mendidik ialah mengadabkan insan. Adab dlm pengertian yg luas ialah mberikan asas disiplin kpd minda, asas disiplin kpd hati dan asas disiplin kpd amal n penghayatan.

15) Imam al Ghazali : menyebut hati itu ibarat mudrik (takungan air). Apa yg didapati dari pancaran akal menerusi pancaindera menitis masuk ke mudrik. Kalaulah yg diterima itu adalah sesuatu yg jernih n baik maka baiklah pancaran amal manusia, begitulah sebaliknya.

16) Ilmu bukan sekadar sesuatu yg dihafaz n diingat. Ilmu memerlukan kefahaman n penghayatan. Pada ilmu tdapat maklumat mengenai kebenaran n kebijaksanaan, dan pada ilmu juga terkandung nilai yg mberi petunjuk kpd hikmah. Apabila ilmu menjadi pedoman n amalan ianya ibarat suluh yg menerangi jln hidup manusia.

Sekian, Wallahu a'lam. 13122010 (Isnin)

Untuk pembacaan yang lebih terperinci, sila dapatkan buku 'ACUAN MINDA' - Prof. Sidek Baba

Sumur CINTAku



Musim bulan madu...

Musim menyulam kasih...

telah ke hujung.

Di sumur cinta ini...

Gelak tawa mula bertukar tangis..walau dalam hati


Di sumur cinta ini..di Tanah Sekebun Bunga

ada kasih yang ditinggal

ada hati yang berat melepaskan

kami tinggalkan kecintaan dalam peliharaanNya

kami menuju daerah taklifan

dengan seribu harapan untuk mereka


Pada setiap detik

ada doa jua petuahnya

senantiasa menemani kami

duhai yang tak pernah jemu mendoa

di setiap 5 waktunya jua lewat dhuha dan tahajjud


Biarkan kita saling mendoakan

Biarkan hati sarat merindu

Dengan izinNya lagi

di sumur ini ikatan mawaddah mahabbah

akan terus mengalir... sampai syurga

Sahabat...


Terima kasih sahabat

atas utusan salam

menyapa lembut sanubari

manisnya kata berbaur kerinduan


Walau jarak manjauhkan cinta

Selagi berbulan nan satu

Selagi berbahangkan matahari nan satu

Ukhuwwah tetap utuh di situ


Bak batu bata yang saling mengukuhkan

itulah kita suatu waktu dulu

Yang ditinggal hanya memori suka duka di daerah itu

Daerah Taman Ilmu dan Budi


Jangan jemu bersua lagi

Bukan status jadi pemisah

Selagi ada DIA di hati kita

Takkan sahabat hilang sahabat


Raihlah cita-cita setinggi langit biru

Lebarkan sayapmu menggapai awan

Bumi dipijak rumput nan hijau

Justeru tanah akan kembali ke tanah jua.

YANG INGIN KUTUTURKAN


Inilah yang ingin kututurkan

bahawa hidup adalah perubahan

tak tahu bagaimana laju putarannya

tapi roda hidup...begitulah... selalu berputar


Pada setiap perjalanan

kita merantai ceritera

suka, duka, tangis, tawa

marah, gembira..

semuanya berpadu dalam balutan

yang bernama persahabatan


Terkadang kita berselisih

tapi lebih banyak berbagi kasih

Terkadang kita egois

tapi lebih banyak saling meraikan sesama

Terkadang kita tak sejalan

tapi lebih banyak kita bergandingan tangan


Jarum jam adalah saksi

berapa waktu telah terlewati

andai dinding mampu menyaksi

saat dera kesibukan menjauhkan hati kita

dan hari pun berganti bulan

semua menjadi bukti

betapa berertinya seorang kawan


Duhai kawan...ingin kututurkan lagi

hidup adalah perubahan

bak aliran sungai

ke mana pun arahnya

tetap punya guna dan makna

begitu jua kita...

bagaimana pun putarannya

harus tetap menjadi yang terbaik


Ayuhai teman...

hari-harimu tak akan sama lagi

nikmati saja perubahannya

kelak kau akan merasa

semuanya akan terbiasa...

walau tanpa insan-insan

yang biasa menghiasi hari-harimu



Duhai Anak..

Duhai anak…

Mentari pagi mula menunjuk diri

Galaslah begmu bersemangat waja

Di bahumu…amanah dan citra ayah bonda


Teruskan langkah..mara ke hadapan

Nun di sana… di medan ilmu

Ada insan suci sedang menggamitmu

Rela menunjuk ke jalan benar


Dia tak pernah jemu..memberi

Melimpahkan butiran mutiara ilmu

Tadahlah ia…penuhi dadamu

Agar akhirnya kau akan menjadi


Usah mengundang jemu bertamu

Setiap insan melalui jalan ini

Hadapkan wajah ikhlaskan hati

Di situ kan kau rasa nikmatnya tahu


Yang menjagamu dialah ilmu

Bukan harta membukit tinggi

Yang disuluh kebenaran... untuk yang mahu

Takkan sesat bila sudah dipandu


Kekal di situ duhai anak

Walau jatuh..bangkitlah lagi

Erti kejayaan bagi yang cekal

Erti kemenangan bagi yang sanggup


Bila kelak senyummu menguntum

Ingatlah dia yang memberi

Juga mereka yang mendoakan siang dan malam

Walau sekadar berbalas doamu…

Sebelum Kau Pergi...


SEBELUM KAU PERGI

UNTAIKAN IMPIAN SEMALAM

HARUM MEWANGI...MENYELINAP KE PELUSUK JIWA

SESEGAR MAWAR KEMBANG DINIHARI


SEBELUM KAU PERGI

TABURKAN KELOPAK BUNGA

SEGENAP DERAP KENANGAN

BAUNYA MENGASYIKKAN

HIDANGAN RINDU BERTANDANG

MEMBASUH BERIBU KEPILUAN


SEBELUM KAU PERGI

HAPUSKAN BEKAS – BEKAS KELUKAAN

MENGUMPUL CALAR PERASAAN

DI SETIAP RUANG HATI NAN MENDENDAM


SEBELUM KAU PERGI

PINJAMKAN HATI KUDUS NAN TEGUH

AGAR KENTAL SEPANJANG ZAMAN

MEMBALUT JIWA-JIWA RAPUH


SEBELUM KAU PERGI

HARAP BISA DIHIRUP

MADU KEMAAFAN...PENAMAT SALAM

MELABUH TIRAI SATU IKATAN HANYA KERANANYA


SEBELUM KAU PERGI

BERJANJILAH BAHAWA SETELAH KAU PERGI

KAKIMU AKAN MEMBAWAMU LAGI KE DAERAH INI

MEMBAWA KHABAR GEMBIRA

MENYEMBUH HATI-HATI NAN LAMA WALANG

DEK SEBUAH PERPISAHAN...

WALAU SEKEMBALIMU NANTI

UDARANYA BUKAN LAGI YANG DULU

SAAT KAU TINGGALKANNYA BERSELIMUT DUKA NAN RAWAN...