Friday, February 25, 2011

SHAKESPEARE SEVEN AGES OF MAN


Shakespeare telah menggariskan 7 peringkat kehidupan manusia dari mula lahir sehingga meninggal dunia iaitu Infancy, boyhood, Lover, Soldier, Justice, Pantaloon dan Second childishness.

Penerangan lebih lanjut mengenai peringkat kehidupan tersebut adalah seperti:

  1. Infancy – Peringkat permulaan hidup seorang manusia, belum mengenal apa-apa kecuali apa yang ada di sekitarnya sahaja. Perlu di beri perhatian penuh dan jagaan yang sempurna;
  2. Boyhood – Baru mengenal dan belajar perkara asas dalam hidup, aktiviti hidup lebih kepada belajar mengenali benda-benda baru secara ‘straight to the point’ tanpa sebarang maksud disebaliknya. Bermain, makan dan bergembira asas utama kehidupan masa ni;
  3. Lover – Mula mengenal perasaan cinta dan dicintai. lebih tepat lagi di alam remaja dan mula mengenal dunia dan persekitaran yang lebih luas dan masa untuk membina persahabatan, rakan dan kawan;
  4. Soldier – Peringkat paling agresif dalam kitaran hidup manusia, itu yang di rujuk sebagai Askar tu, darah panas dan membuak-buak, pantang di tegur dan mementingkan diri sendiri merupakan di antara kriteria manusia di peringkat ini;
  5. Justice – Pada tahap ini seseorang individu mula memikirkan cause dan effect secara serius dalam kehidupannya, pertimbangan akal dan fikiran yang lebih matang dalam menilai sesuatu tindakan dan juga berfikir bukan untuk diri sendiri semata-mata malahan turut mengambil kira orang-orang disekelilingnya;
  6. Pantaloon – Pada tahap pantaloon seseorang individu boleh dianggap sudah berjaya menempuhi hidup dan mencapai kekayaan, kesenangan dan sebagainya mengikut usaha masing-masing. Pemikiran pada tahap ini adalah untuk berkongsi kesenangan dengan mereka yang berada di sekelilingnya dan juga fokus kepada apa yang mereka minati; dan
  7. Second childishness – di peringkat umur warga emas dalam istilah zaman sekarang, tahap pemikiran individu di peringkat ini kembali kepada zaman kanak-kanak dahulu dan juga memerlukan perhatian dan bantuan daripada orang sekeliling.

No comments:

Post a Comment