Monday, March 14, 2011

PUISI SUFI - NAFSU


Engkau ciptakan Firaun, Haman dan Qarun
Mereka adalah sebesar-besar penderhaka terhadap-Mu
Namun Engkau kurniakan dunia seluruhnya kepada mereka
Itulah tandanya
Dunia ini tidak melebihi sebelah sayap nyamuk pada sisi-Mu
Tapi nafsu kami masih juga terliur
Melihat keagungan Firaun, kepintaran Haman dan kekayaan Qarun
Nafsu kami masih inginkan
Sayap nyamuk yang sebelah itu.

Nafsu sangat sabar menyembunyikan laparnya
Sesekali ia menghantar isyarat
Jika Engkau menjawab ia akan bangun
Di kala itu Engkau akan tertawan.

Nafsu umpama sebuah kenderaan
Enjinnya ialah tamak
Rodanya ialah dengki dan khianat
Seteringnya ialah tipudaya
Bila kenderaan ini berjalan
Ia meninggalkan asap kotor di belakang
Tetapi si pemandu asyik memandang ke hadapan
Tidak pernah melihat pencemaran yang ditinggalkan.

Nafsu adalah sebahagian daripada dirimu
Ia boleh diam dan tidur tetapi tidak berputus asa
Perlulah engkau sentiasa berwaspada.

Doa-Senjata Mukmin


...for one to make lots of dua, not only for herself but for others.

Biasa-biasakan diri berdoa yang baik-baik untuk orang lain meskipun orang itu tidak kita kenali. Jika berjalan dan nampak seorang makcik membawa barang jualan, doakan semoga jualannya laku hari itu, semoga dia selamat pulang ke rumah, moga anak-anaknya rajin belajar dan sebagainya…

Ia melembutkan hati dan menimbulkan kasih sayang orang lain pada kita. Dan para malaikat turut mengaminkan doa seorang saudara kepada saudaranya yang lain meskipun dia tidak mengetahuinya!

MATA HATI

Mata inilah yang akan membawa kita untuk melihat samada dalam bentuk fizikal atau spiritual. Kedua-duan dimensi ini amat jelas dapat dilihat, tetapi adakah kita melihat perkara itu dengan cara atau dimensi yang sebenar?

Dunia sains telah membawa mata manusia melihat kepada nilai fizikal, sehinggakan mereka telah menutup potensi mata hati untuk melihat kebenaran. Hal ini diakui oleh seorang falsafah terkenal di Barat, iaitu Bertrand Russell. Beliau menyatakan bahawa;

''Unless man increases in wisdom as much as in knowledge, increase of knowledge will only be increase of sorrow.’’

Dunia ilmu sains Barat telah meningkat ke satu tahap yang hebat dan terkenal, malah mereka mampu mencipta sejarah yang telah membuktikan tamadun mereka amat terkehadapan dan berjaya. Namun hakikatnya, mereka masih mencari dan ingin mengisi kekosongan di dalam diri sehinggakan di dalam diri mereka tandus dan kering dengan nilai basahan spiritual.

Inilah dimensi fizikal. Jika alam ini hanyalah dilihat dengan kaca mata akal semata-mata, maka manusia akan buta hati dan seterusnya menutup potensi lain yang terdapat di dalam mata hati. Bukankah kita ingin melihat potensi yang ada di dalam diri kita ini menerusi mata hati?

Tuesday, March 8, 2011

DENTING


Denting yang berbunyi dari dinding kamarku
sedarkan diriku dari lamunan panjang
Tak terasa malam kini semakin larut
Ku masih terjaga

Sayang kau dimana aku ingin bersama
Aku butuh semua untuk tepiskan rindu
Mungkinkah kau disana merasa yang sama
Seperti dinginku di malam ini

Reff
Rintik gerimis mengundang kekasih di malam ini
Kita menari dalam rindu yang indah
Sepi ku rasa hatiku saat ini oh sayangku
Jika kau disini aku tenang

Tuesday, March 1, 2011

RINDU PADAMU TAKKAN LUNTUR...


Dalam kepenatan mengejar waktu
Dalam kesibukan memenuhi tuntutan
Dalam kepayahan menghadap kewajipan
Aku tak mampu lupakanmu...

Rindu? itukah rindu?...
Benar itulah rindu...
Aku rindu hari-hari itu
Hari yang takkan berulang lagi

Benar...
Tak semua cinta...boleh dimiliki...boleh digenggam...boleh didakap
Ada keterbatasan...ada haknya tersendiri
Biarkan ia pergi...
Kerna cinta bukan semua perlu dimiliki, perlu digenggam...perlu didakap

Rindu padanya yang dibatas dua alam...
Hanya doa qudus bisa menyatukan kita
Meski kau jauh di alam sana
Kau selalu ada di jiwa..selalu menemani
Terima kasih tuhan..
Dia kurnia terindah...
Biar telah pergi namun cinta dan rindu padanya
Tetap di sini...