Monday, March 14, 2011

MATA HATI

Mata inilah yang akan membawa kita untuk melihat samada dalam bentuk fizikal atau spiritual. Kedua-duan dimensi ini amat jelas dapat dilihat, tetapi adakah kita melihat perkara itu dengan cara atau dimensi yang sebenar?

Dunia sains telah membawa mata manusia melihat kepada nilai fizikal, sehinggakan mereka telah menutup potensi mata hati untuk melihat kebenaran. Hal ini diakui oleh seorang falsafah terkenal di Barat, iaitu Bertrand Russell. Beliau menyatakan bahawa;

''Unless man increases in wisdom as much as in knowledge, increase of knowledge will only be increase of sorrow.’’

Dunia ilmu sains Barat telah meningkat ke satu tahap yang hebat dan terkenal, malah mereka mampu mencipta sejarah yang telah membuktikan tamadun mereka amat terkehadapan dan berjaya. Namun hakikatnya, mereka masih mencari dan ingin mengisi kekosongan di dalam diri sehinggakan di dalam diri mereka tandus dan kering dengan nilai basahan spiritual.

Inilah dimensi fizikal. Jika alam ini hanyalah dilihat dengan kaca mata akal semata-mata, maka manusia akan buta hati dan seterusnya menutup potensi lain yang terdapat di dalam mata hati. Bukankah kita ingin melihat potensi yang ada di dalam diri kita ini menerusi mata hati?

No comments:

Post a Comment