Friday, February 25, 2011

TIPS MENJADI INDIVIDU YANG DISENANGI


Lima tips mudah dan boleh dipraktikkan sekiranya berminat untuk menjadi individu yang disenangi:

  1. Belajar mendengar - Sabar mendengar dan menjadi pendengar setia kepada individu yang lain merupakan salah satu cara untuk memenangi hati orang lain. Manusia secara asasnya suka mendengar suara mereka sendiri. Bila ada seseorang yang suka mendengar individu tersebut bercerita pastinya individu berkenaan akan besifat lebih terbuka kepada orang yang mendengar.
  2. Menghargai orang lain – Menghargai pandangan, pendapat mahupun tindakan individu lain juga merupakan strategi berkesan untuk memenangi hati orang lain. Hakikat azalinya manusia memang sukakan pujian yang akan meningkatkan motivasi dan semangat mereka dalam apa jua keadaan. Asasnya individu yang dipuji akan menjadi lebih terbuka dan mudah menerima pandangan daripada orang yang memujinya.
  3. Berfikiran Dan Berkelakuan Positif – Sentiasa memikirkan sesuatu dalam perspektif yang positif dan menunjukkan reaksi yang positif dalam sesuatu keadaan, juga mengelakkan diri dari menggunakan bahasa yang negatif mahupun bahasa-bahasa yang boleh menyakitkan hati pendengar. Asasnya tidak ada individu normal yang suka dipersalahkan. Dengan cara berfikiran dan berkelakuan positif individu terlibat akan mudah disenangi oleh orang sekeliling dan pada masa yang sama akan memudahkannya untuk mempengaruhi persekitaran sekelilingya.
  4. Berminat pada orang lain – semasa berinteraksi, minimakan fokus perbualan atau perbincangan kepada diri sendiri. Individu yang terlalu fokus mengenai diri sendiri akan cepat membosankan orang lain. Sebaliknya tunjukkan minat terhadap perbualan dan kisah orang lain. Untuk menjadi orang yang disukai, galakkan orang di persekitaran bercerita tentang diri mereka; dan
  5. Mudah Bersetuju – Asasnya secara semulajadi manusia sukakan orang yang bersetuju dengan mereka. Manusia juga mudah menyukai mana-mana individu yang mempunyai pandangan, persepsi, sikap dan kelakuan yang bersamaan dengan mereka. Dengan cara menunjukkan persetujuan kita membantu meningkatkan kepercayaan diri individu terlibat. Oleh yang demikian akan memudahkan urusan kita untuk menguruskan mereka.

SELAMAT MEMBINA HABLUMMINANNAS..

No comments:

Post a Comment