Friday, June 24, 2011

Hayat..Everything Will Come Just Nice...


Mahu hidup seadanya, tanpa terus berharap, tanpa impian dan cita2 melangit tinggi, tanpa CINTA yang itu, bolehkah begitu???

Dunia batinku...ada yang tak mampu kukongsi, tak mampu ku luahkan, biarkan rasa ini membalutku, cukuplah aku seorang...

Tidak semua CINTA memberikan aku HAK untuk memilikinya.

Meniti hari2 yang terkadang meruntun jiwa, apapun yang terjadi teruskanlah, hati akan sentiasa rela memujukku.

Ya Allah Kau tadbirlah urusan duniaku, aku yakin Engkau sebaik2 Pentadbirku. Lalu kukutip kuntum2 semangat menjadi bunga kekuatan buat hari2ku yang suram...aku hidup keranaMu yang SATU.

Ku berjalan penuh harapan walau hidup ini tak selalu membahagiakan..Mahu terus hidup dalam Iman walaupun hariku dipenuhi dengan dugaanMu..Ingin selalu berpegang dengan janjiMu walau aku tidak dapat melihatMu.

Bimbinglah aku dalam membimbing hatiku..Ya Allah.

No comments:

Post a Comment