Monday, June 3, 2013

Belajar Memaafkan


Maafkan kekurangan orang muda kerana mereka belum matang, 
Maafkan kekurangan orang tua kerana banyak ingatan yang telah hilang,
Maafkan sesiapa sahaja yang tidak sehaluan dengan kita,
kerana setiap orang itu punya sejarah diri yang peribadi.
Kita adalah kita kerana sejarah dan cara hidup berbeza.
Kita adalah kita kerana hala tuju yang mungkin tidak serupa. 
Yang penting, kita belajar hidup bersama,
Walau kita berbeza...walau dalam desah nafas sesingkat masa.
(NISAH HARON)


No comments:

Post a Comment