Sunday, April 15, 2012

DARAH 'A'


Anda suka keselarasan, kedamaian dan organisasi. Boleh bekerjasama dgn baik dgn org lain, peka, sabar dan penuh perhatian. Namun kelemahan anda adalah tidak boleh melakukan sesuatu dgn santai dan cenderung keras kepala.

Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup anda. Anda gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan anda juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Anda bijak bergaul dengan individu di sekeliling dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan anda.

Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri anda itu melambangkan bahawa anda tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya anda agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat. Anda harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja anda itu, kesihatan diri pula yang terabai.

Mereka yang tergolong dari kategori ini boleh jadi ibu dan isteri yang baik. Ini kerana kamu dapat menangani banyak perkara, dari urusan di rumah hingga mendidik anak dengan baik. Kamu rela bangun pagi untuk memasak dan menguruskan rumah tangga. Kamu akan berusaha untuk menjadi ibu dan isteri yang sempurna. Kadangkala, ia akan membuatkan kamu berasa tertekan kerana tidak mempunyai masa untuk kesenangan peribadi.

*saya ---> Wanita berdarah A+...mewarisi darah arwah ayah*

No comments:

Post a Comment