Saturday, May 21, 2011

Bukan...


Bukan aku tak pernah derita,
tetapi semuanya aku simpan...
Bukan aku tak pernah kecewa,
tetapi semuanya aku pendam...
Bukan aku tak pernah terseksa,
tetapi semuanya aku telan...
Bukan aku tak pernah terluka,
tapi semuanya aku kapan...

Kerana apa???

Deritaku, kerana jiwa yang suka mencabar rasa...
Kecewaku, lantaran hati yang tak pernah mahu setia...
Seksaku, ekoran lidah yang tidak bijak melontar kata...
Lukaku, natijah akal yang kurang waras mentafsir rasa...

Maka...
DOA ku jadikan sandaran,
Agar jiwa bebas terisi,
Hati mampu terpaksi,
Lidah jadi terpuji,
dan akal bisa berfungsi...

No comments:

Post a Comment