Sunday, May 22, 2011

LAGU UNTUK GURU


Dengar..dengarkanlah suara hati kami

Anak-anak di pedalaman

Dahaga ilmu dan didikan

Guru..

Ku dendangkan lautku

Di muara gelombang

Di musim bimbang

Pada tali temali perahu kasihmu

Dalam matamu yg jernih

Dalam dadamu yang mesra

Kau semaikan benih perkasa

Bersedia membela tanah pusaka

Tinggalan moyang kita

Dalam hari berlari

Dalam rindu berpadu

Kau layari bahtera merdeka

Membelah lautan samudera

Kau redah belantara ke hujung dunia

Kerana katamu kita adalah pewaris bangsa

Cemerlang dan gemilang terus terbilang..

No comments:

Post a Comment