Sunday, December 7, 2014

Titis Jernih Sahaja Yang Faham...

Berteka-teki
Tatkala seluruh emosi
Bagai menyesak dada

Pelbagai soal...menerjah fikiran
Benarkah pilihan
Benarkah dia

Atau datangnya
bersama dugaan
menguji dan terus menguji

Benar...hati gembira
namun terselit bimbang

Di luar kemampuan
Di luar batasan asa
Hanya padaMu jua
Ku serah segala

Ku pohon...lalu Kau perkenankan
Syukurku patut mendahului resahku

Andai dia yg selama ini..kutunggu
Justeru harus ku terima
Walau ku korbankan rasaku

Ku mohon Tuhan...
Kau berkatilah jalan yang ku pilih
Jua dia yang bakal ku dampingi

Andai hanya dia
Tiada lainnya...


2 comments:

  1. dah istikharah kan?
    Jadi pasakkan keyakinan...

    ReplyDelete
  2. Tawakal sahaja, andai itu ketentuan.
    Ribut dan badai melanda kemudian
    Redah sahaja dengan hati terbuka
    Kerana Dia pilihan Allah untukmu..:)

    ReplyDelete