Friday, April 12, 2013

Selautan Tanya Buat Diri...Masihkah?



Masihkah engkau mendambakan dia yang telah berlalu?
Masihkah engkau menenggelamkan hatimu menyelami lautan rindu?
Masihkah jiwamu terbuai harapan pada seseorang di masa lalumu?

Mungkinkah dia penentu kebahagian hidupmu?
Yakinkah dia mampu melipurkan lara di jiwamu?
Akankah dia datang mengubati pilunya rindu di hatimu?

Duhai diri...
Sedarlah dari kemabukanmu..
Bangunlah dari mimpi-mimpi keindahan yang palsu

Bukankah ALLAH yang menjauhkan dia darimu?
Kerana di sudut lain dalam kehidupanmu,
Ada seseorang yang berdo'a dalam istikharahnya,
Memohonkan segala kebaikanmu untuknya.

Dan ALLAH Maha Tahu...
Seseorang itulah yang TERBAIK bagimu,
Kerana tidak semata-mata ALLAH memisahkan,
Tidak semata-mata ALLAH menjauhkan,
Melainkan ALLAH Maha Tahu apa yg terbaik bagimu.


P/S:
~Usaha, terusan berDOA dan berLAPANG DADAlah menerima Qada' & QadarNya~

No comments:

Post a Comment