Wednesday, July 11, 2012

1982: SATU TRAGEDI


Semasa dalam Darjah 1, abangku Hisham (a.k.a Ray) ditimpa kemalangan parah, aku ketika itu berusia 5 tahun, satu2nya SAKSI kejadian ngeri itu. Sdg asyik menunggunya pulang dari mbeli aiskrim utkku di muka pintu, tiba2 aku dikejutkan oleh dentuman sebuah motosikal besar yang melanggar n menghempap tubuh kecilnya bkali2...aku meraung sekuat hati n blari ke dapur memanggil kak chik (kakak sulung)...xdpt keluar sepatah pun kata2, hanya ku tarik tgn kak chik menuju ke pintu dpn...org mula mengusung Ray dari jalan raya, darah berlumuran...masa tue mek n ayah tiada di rumah... Hampir sebulan Ray koma n hospital menjadi rumah kedua bagi mek & ayah...akhirnya atas kekuatan doa & harapan..Ray sedar jgk..tp fizikal nya terjejas terutamanya bahagian mukanya... namun alhamdulillah otak & pemikirannya tidak terjejas...teringat raya pertama setelah dia sedar dari koma dia mahu beraya pakai baju sekolah...mek layankan shj. Dia mbesar sbg seorang yg pandai, lps accident pun bjaya dpt No 1 dlm kelas...pengawas pertama di tahun 4...Peperiksaan Penilaian Darjah 5 dpt 5A, dpt ke SBP Sains Machang, ke UKM Accounting & sekarang sebagai Akauntan @ General Manager di firma nya.

*Aku yg masih TRAUMA...seakan2 tbayang di ruang mata kejadian ngeri itu*

Terima kasih untuknya kerana berkorban untukku...kisah sebatang AISKRIM...

No comments:

Post a Comment