Monday, September 12, 2011

Hakikat Sebuah Kehidupan...


Pernahkah anda bersendirian dan mengimbas kembali kehidupan masa lalu yang telah kita tinggalkan??? menoleh seketika perjalanan kehidupan yang telah kita lewati. Betapa cepat masa berlalu dan roda kehidupan seakan laju berputar. Kalau dahulu kita adalah anak-anak kecil yang riang ria mengisi kehidupan kanak-kanak kita, namun hari ini kita telah menginjak dewasa. Banyak perkara yang telah berlaku dalam kehidupan kita...pahit, manis, suka dan duka- semuanya mematangkan kita dan menyedarkan kita bahawa di dunia ini bukanlah tempat berbahagia setiap waktu, Allah datangkan UJIAN kepada kita baik dalam bentuk kesenangan mahupun kesulitan. Hamba yang beriman akan menempuhi ujian dengan sabar dan berlapang dada. Kehidupan akan terus berjalan sehinggalah kita menemui 1 titik noktah dalam kehidupan kita yang dinamakan KEMATIAN- penyudah kehidupan di dunia fana' ini. Terlalu banyak orang yang telah menemui kematian sepanjang perjalanan hidup kita, dalam kalangan itu ada orang-orang yang telah mengisi saat manis bersama kita - ayah, ibu, saudara mara, sahabat handai, guru dan sebagainya. Mereka telah pergi mangadap Rabbul Izzati dan kita yang masih tinggal di sini, yang pada hakikatnya akan sampai jua waktu kita nanti. Sedarlah wahai diri..MATI itu BENAR, kehidupan di ALAM KUBUR itu BENAR, soalan MUNKAR dan NAKIR itu BENAR...lalu di manakah kita di saat ini??? sudah bersediakah kita menunggu giliran kita?...kita akan ke sana jua, mahu atau tidak mahu. Semoga segala pengisian hidup ini dapat menjadi bekal ke negeri abadi sana. Mohon Allah ampunkan dosa-dosa kita dan berazam untuk menjadi HambaNya yang sebenar dengan segala kedhaifan kita dan kekerdilan kita di hadapannya. Semoga diberi petunjuk dan dikekalkan hidayahNya dalam diri kita. Amiin

No comments:

Post a Comment