Monday, March 11, 2013

Tinggal sedetik cuma...

Semalam dah dapat print Kalendar Akademik UKM untuk Semester 1 2013/2014, dah boleh check bila bakal mendaftar di UKM (In Shaa Allah)...29 & 30 Ogos 2013.

Bermakna ada lebih kurang 5 bulan jer lagi keberadaanku di SKSL...Last week, aku mengemas meja kerjaku di bilik j-QAF dan buang dokumen2 lama yang dah rasanya out of date dah, dokumen2 tue kebanyakannya aku simpan untuk rujukan. Agak lama rupanya berada di SKSL, dah nak masuk 8 tahun...banyak kenangan pahit, manis di sini dan semua tue xmudah untuk dilalui sebenarnya...kawan2 dan sahabat2 banyak membantu memberi inspirasi dan semangat untuk terus berjuang. Anak2 didik pula menceriakan hari2ku...

Sekarang, proses untuk mem'folder'kan segala dokumen berkaitan j-QAF dan tugas2 yang nk di'hand over' kepada sahabat2...semoga aku dapat memberikan yang terbaik sebelum mengucapkan selamat tinggal kepada SKSL dan seluruh isinya.

Sedih ker???
Yea sedih..sedih...dan sedih..tapi ini pilihanku...demi menggapai cita2 yang TERTUNDA...aku nak sambung belajar (bukahkah itu cita2 sejak tahun 2003 dulu???)

At least...ada pengisian dalam hidup ini dan langkah seterusnya adalah antara pengisian hidup aku yang biasa2 ajer...dibanding dgn rakan2 aku yg skrg nie dah ramai bergelar 'Dr'...bukan itu yg ku kejar sebenarnya...for my own self-satisfaction dan nak merasa menuntut ilmu lebih tinggi lagi (semoga lebih mengHAMBAkan diri padaNya).

Semoga Allah merestui perjalanan ini. Amiin


~Tinta Rasa~
4.18 pagi 12032013
di bilik panas ini (huhu)

Wednesday, January 23, 2013

Menulis lagi...

Hari tue sesajer masuk pertandingan nie...
SAYEMBARA PENULISAN TAZKIRAH PERINGKAT KEBANGSAAN SEMPENA MAULIDUR RASUL 1434 H ANJURAN BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

kalau tak menang pun akan dapat jugak SIJIL penyertaan...hehehe memadailah.

Tulis biasa-biasa ajer, jadi tak boleh berangan nak menang... kat bawah nie hasilnya (boleh di paste di sini dah kot sebab tarik tutupnya pun dah lepas (30/9/2012) , rasa2nya pihak penganjur dah pun ada senarai pemenangnya)... tapi kalau menang dapat hadiah di Majlis Sambutan Maulidur Rasul KPM Peringkat Kebangsaan nanti... hehehe untung sabut timbul !

Taraaaaaaaaaaaaaa..........


Tazkirah Sempena Maulidur Rasul 1434H (Ikut FORMAT yang telah diberi)



Tajuk:
“ PENDIDIKAN ISLAM ASAS KECEMERLANGAN DUNIA DAN AKHIRAT INSAN”
Oleh:
Norhayati binti Ab. Ghani @ Rani

 “Orang lelaki adalah penjaga ke atas ahli keluarganya dan dia bertanggungjawab terhadap mereka dan seorang perempuan adalah penjaga ke atas rumahtangga dan anak-anaknya dan dia bertanggungjawab terhadap mereka.”
(HR. Bukhari)

          Anak merupakan anugerah dan amanah Allah yang paling berharga buat si ayah dan ibu. Islam amat menitikberatkan pendidikan anak-anak sedari kecil lagi. Melalui institusi keluarga, tapak asas keimanan dibina, ia merupakan tapak asas pembinaan ummah yang didasari dan berpaksi kepada keimanan kepada Allah S.W.T. Keluarga tempat bertumbuhnya anak dari segi emosi, jasmani dan spiritual. Keluarga jugalah yang memainkan peranan penting membentuk akal budi dan akhlak seseorang anak itu.

               Institusi kekeluargaan sememangnya merupakan aset penting dalam pembinaan sebuah umat. Kita yakini bahawa sebuah Baitul Muslim itu tidak akan lahir tanpa adanya Fardhul Muslim (Individu Muslim), yang muslim dalam pemikirannya, muslim dalam aqidahnya, muslim dalam segala tingkah laku serta perasaannya dan muslim dalam segala tindak-tanduknya. Namun pembentukan keluarga ini tidak akan sempurna tanpa peranan besar yang perlu dimainkan oleh para ibu dan ayah. Benarlah kata pujangga Melayu, “Bapa borek, anak rintik”. Bertitik tolak dari itu, ibu bapa perlu sedar bahawa tugas mendidik anak-anak bukanlah sesuatu tugas yang enteng, tetapi mereka perlu mempunyai ilmu keibubapaan.

          Pendidikan anak-anak dalam Islam amat nyata mempunyai tujuan dan matlamat yang jelas iaitu untuk menyediakan insan yang taat kepada Penciptanya iaitu Allah S.W.T, dalam konteks mempersiapkan mereka untuk menjadi hamba Allah yang sebenar-benarnya, di mana mereka perlu taat menuruti suruhan-suruhanNya dan meninggalkan larangan-laranganNya. Oleh yang demikian, peri pentingnya pendidikan anak-anak dalam Islam tidak dapat dinafikan lagi, pasangan suami isteri perlu mempunyai asas agama yang baik sebagai persediaan untuk membentuk institusi kekeluargaan, jika tidak, mereka akan berdepan dengan masalah besar apabila anak-anak dewasa kelak.

          Anak-anak jika dibiasakan dan dididik dengan kebaikan, maka mereka akan bertumbuh dengan kebaikan, begitu juga sebaliknya. Justeru itu, menjadi kewajipan ke atas kedua-dua ibu bapa untuk memelihara, mendidik dan membina serta mengajarkan akhlak yang mulia dalam diri anak-anak. Mereka juga bertanggungjawab mengisi kerohanian dan jiwa anak-anak dengan perkara-perkara asas Fardhu Ain dan nilai-nilai murni dan berakhlak yang dapat membantu mereka berdepan dengan cabaran dan arus dunia mereka agar kelak mereka mampu menjadi muslim yang terdidik dan terbina kukuh jati dirinya.

          Ibu bapa pada hari ini berhadapan dengan pelbagai cabaran di dalam mendidik anak-anak.  Mereka dituntut untuk memastikan anak-anak dibesar dan diberikan pendidikan yang merangkumi pembentukan akal, jasmani, rohani, akhlak dan sosial. Peranan ibu bapa kini juga amat mencabar. Dunia yang berada di hadapan mata anak-anak tidak sebagaimana dunia yang telah dilalui oleh ibu bapa. Maka menjadi satu cabaran kepada ibu bapa untuk bijak menangani anak-anak dalam proses membesar dan mendidik mereka. Mereka perlu dibimbing secara berterusan dan perlu diperhatikan perkembangannya dari semasa ke semasa. Pemikiran dan jiwa anak-anak perlu dibangunkan mengikut acuan seorang muslim. Ini boleh memberi impak yang besar dalam cara mereka berfikir dan bertingkah laku agar sejajar dengan kehendak dan keperluan Islam. Sesungguhnya matlamat terbesar pendidikan Islam ialah mendidik seseorang insan itu agar kelak akan lahir ummah yang cemerlang dunia dan akhirat. Ini kerana pendidikan Islam mampu memberi pendidikan sepanjang hayat dan menuntun hidup seorang muslim sejati.

KIT TINDAKAN:
1.     Ibu bapa perlu melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu keibubapaan dan asas-asas Fardhu Ain  sebelum melangkah ke alam rumahtangga.
2.    Anak-anak perlu dididik dengan segala keperluan dari pelbagai aspek – rohani, jasmani, sosial dan spiritual selaras dengan kehendak Allah dan rasulNya.
3.      Mendidik anak-anak hendaklah bersesuaian dengan zaman mereka yang serba mencabar dan memerlukan kebijaksanaan dalam mengendalikan anak-anak ini.
         

Kau Sahabat, Kekasih Dan Teman...


Malam nie terasa sunyi...teringat kisah suka duka bersama sahabat2, dah jauh 'berjalan' dan untuk jalan-jalan seterusnya masih tetap mahu mencari sahabat, untuk sama-sama berjuang dalam medan seterusnya...semoga Allah sentiasa memberiku pendamping yang baik yang dapat memandu ke arah kebaikan bukan sahaja di dunia tetapi juga untuk kehidupan akhirat...inilah ,aku yang sentiasa alpa dan perlu didamping !


Kau Sahabat, Kekasih Dan Teman...

Ku harapkan sinar purnama hingga ke siang
Ku harapkan mimpi-mimpi bukan khayalan
Telah aku jelajahi seluruh benua
Mencari pengertian hidup yang sementara

Manusia beraneka ragam dan rupa
Ada yang jujur dan ramai berpura-pura
Ku sangka dalam ilmu dan pengetahuan ku
Tapi ada waktu ku terkeliru

Ku dambakan bukan sekadar yang dinamakan
Kekasih yang menemani ke sana sini
Ku dambakan sahabat dan teman setia
Rela bersama suka dan duka

Jadilah kau sahabat ku, kekasih dan teman
Hanya itu yang ku harapkan
Dalam susah dalam senang kita seiringan
Semoga ikatan berkekalan


NOTA: ~ mendamba SAHABAT, KEKASIH & TEMAN ----> SUAMI (alahaiiiiii)

Maulidur Rasul 1434H... Ya Habibi Ya Rasulullah


 KELEBIHAN SELAWAT
 1) Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan ­­­­rahmat ke atasnya 10 kali ganda - (HR Muslim.)
2) Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.
 3) Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insya Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.
 4) Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.
 5) Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.
 6) Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu
7) Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.
8) Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.
 9) Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, dan sebagainya dalm dirinya.
10) Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, Insya Allah akan beroleh kebahagiaan samada di dunia mahupun di akhirat.
11) Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.
12) Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
13) Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.
 14) Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.
15) Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.
16) Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.
17) Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.
18) Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.
 19) Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.
 20) Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut2, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.
21) Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.
22) Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, InsyaAllah akan dihapuskan dosa2 kecil seseorang.
 23) Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.
24) Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmatnya.
25) Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.
 26) Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.
27) Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.
28) Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.
29) Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - HR Abu Naim.
30) Sabda Nabi SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat - HR Thabrani
Top of Form

Saturday, September 22, 2012

DOA YANG TAK TERHIJAB


Allah memberikan hak istimewa kepada golongan tertentu. Doa mereka takkan terhijab malah mustajab. Siapakah mereka?

  1. 1.   Doa ibu bapa kepada anak-anak
Nabi S.a.w bersabda yang bermaksud: "Tiga doa yang pasti dimakbulkan Allah, iaitu doa seorang bapa (dan ibu), doa       orang yang bermusafir dan doa orang yang dizalimi." (Riwayat Abu Daud no. 1536, al-Tarmizi no 3448 dan Ibn Majah no. 3826)

2.  Doa anak soleh yang mentaati kedua ibubapa.
Rasulullah s.a.w bersabda tentang Uwais bin 'Amir: "Dia memiliki ibu yang sangat ditaatinya. Jika dia berdoa pasti Allahs.w.t akan memakbulkan". (Riwayat Muslim no. 2543 dan Ahmad no. 2025)

3.   Doa orang yang teraniaya atau mereka yang berada dalam kesusahan.
Allah berfirman yang bermaksud: "Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila ia berdoa kepada-Nya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah?Amat sedikit antara kamu yang mengingati (nikmat Allah itu)." (Surah al-Naml 27:62)

Berkenaan mustajab doa orang yang dizalimi pula, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Takutilah kamu doa orang yang dizalimi kerana tiadalah sesuatu penghalang antara doanya itu dengan Allah s.w.t." (Riwayat al-Bukhari no. 1395)

4.   Doa seorang sahabat yang mendoakan sahabatnya dalam keadaan sahabat itu tidak tahu bahawa dia didoakan. Ummu Darda' r.ha. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Tiada seorang Muslim pun yang berdoa utuk saudaranya dari belakang, melainkan malaikat berkata kepadanya: 'Dan bagi kamu seperti yang kamu pinta untuk saudaramu". (Riwayat Muslim no 2732)

5.   Doa orang yang sedang Musafir.

6.   Doa orang yang berpuasa hingga berbuka. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka iaitu doa seorang yang berpuasa hingga ia berbuka, doa pemimpin yang adil dan doa orang yang dizalimim". (Riwayat al-Tarmizi no. 3598 dan Ibn Majah no. 1752)

7   Doa pemimpin yang adil untuk orang di bawahnya.


Berdoa bukan untuk memberitahu Allah apa yang kita pinta, kerana tanpa diberitahu pun Allah sedia mengetahui. Doa ialah pengabdian daripada sorang hamba kepada Tuhannya.


Solusi 22, Ms 22.

Tuesday, September 11, 2012

HELAH BELA DIRI


Merupakan proses psikologi bertujuan untuk mengurangkan tekanan dan ia juga boleh diibaratkan sebagai membohongi diri untuk berhadapan dengan realiti. Manusia menggunakan helah bela diri untuk melindungi dirinya apabila berada dalam keadaan terancam. Antara strategi yang digunakan untuk helah bela diri ialah:

Penyangkalan
  • Merupakan penafian atau penolakan tentang realiti. Sesuatu peristiwa yang traumatik yang tidak tertanggung oleh fikiran dan perasaan. Contohnya seseorang yang tidak dapat menerima berita kematian orang yang penting di dalam hidupnya.
Reaksi Formasi
  • Mempertahankan diri dari satu ancaman dengan menunjukkan reaksi yang bertentangan. Contohnya seorang yang selalu makan rasuah sering bercakap tentang gejala rasuah.
Penyaluran
  • Melepaskan desakan-desakan kepada sasaran lain yang lebih selamat. Contohnya kemahiran terhadap ketua jabatan di pejabat dilepaskan kepada anak-anaknya di rumah.
Rasionalisasi
  • Memberi alasan-alasan terhadap kegagalan. Contohnya, seorang murid yang gagal dalam peperiksaan menyalahkan gurunya yang sering tidak masuk kelas sedangkan dirinya sendiri tidak mampu menguasai pelajaran yang diajar oleh guru tersebut.
Represi
  • Menyingkirkan semua pemikiran dan perasaan yang mengancam dari alam sedar. Kebanyakan pengalaman yang menyakitkan pada 5 tahun pertama kehidupannya telah terpendam di alam bawah sedar. Contohnya rasa marah dan kebencian yang tidak boleh dijelaskan dan dinyatakan sebab-sebabnya.
Projeksi
  • Membalikkan desakan dan keinginan yang tidak dapat diterima oleh dirinya sendiri dengan cara meletakkan kesalahan kepada orang lain bukan pada diri sendiri. Contohnya, apabila berlaku sesuatu pertengkaran maka orang lainlah yang menjadi puncanya walhal dialah yang memulakannya.
Sublimasi
  • Satu cara untuk melepaskan tenaga di khalayak ramai dengan cara yang dapat diterima. Contohnya, seseorang yang berjaya di dalam sesuatu bidang adalah disebabkan melarikan diri dari tenaga yang boleh memalukannya seperti agresif atau keinginan seksual yang keterlaluan.
Introjeksi
  • Mengambil ciri-ciri atau nilai orang lain menjadi dirinya. Contohnya, seorang yang sering meniru gaya seseorang yang terkenal dan akhirnya menjadi sebahagian dari dirinya.
Pampasan
  • Usaha untuk mengimbangkan sesuatu kelemahan dengan cara mencari pampasan atau kekuatan lain. Contohnya, seorang yang tidak dapat berkomunikasi dengan baik mencari pekerjaan yang tidak memerlukan komunikasi yang banyak.
Regresi
  • Sorot kembali kepada peringkat perkembangan yang lebih awal untuk rasa selamat. Contohnya, seorang dewasa yang menangis seperti kanak-kanak disebabkan ketakutan kehilangan sesuatu.


HUKUM TARIKAN ( Law of Attraction )

Hukum tarikan di definasikan sebagai ' SAYA MENARIK KEDALAM HIDUP SAYA APA SAHAJA PERKARA YANG SAYA BERIKAN SEPENUH PERHATIAN " Samada ianya berupa tenaga dan fokus - Positif atau negatif. 

* Ada sejumlah kata-kata atau ungkapan yang menerangkan bukti-bukti wujudnya hukum tarikan. Jika anda pernah menggunakan kata-kata atau ungkapan tersebut, ini bermakna anda sebenarnya merujuk kepada hukum tarikan. Ungkapan tersebut yang biasa kita sebut adalah :-
1. Tanpa diduga
2. Karma
3. Tanpa disangka
4. Kebetulan
5. Sejak azali
6. Nasib baik
7. Takdir
8. Sudah ditakdirkan
9. Pucuk dicita ulam mendatang

Dengan ungkapan tersebut sebenarnya ianya terjadi kerana hasil adanya hukum tarikan, yang tidak disedari oleh anda sedangkan keterjadiannya segala perkara tersebut sebenarnya telah di imaginasikan oleh minda sesaorang tersebut lebih awal menyebabkan berlakunya getaran dalaman dan memancarkan gelombang keluar untuk menarik impian yang dibuat oleh minda.

* Jika sebenarnya anda mempelajari dengan lebih mendalam akan hukum tarikan yang sebanarnya sedia ada dalam diri anda, maka sudah tentu sekali anda akan mampu menarik segala sesuatu apa yang anda impikan melalui gerak minda dan menariknya melalui gelombang magnetik yang anda pancarkan keluar.

* DARI SEGI SAINS.

Apabila anda bercakap mengenai getaran. Jika semua atom berada dalam keadaan sejajar, maka ia bakal membentuk kuasa pergerakan . Kesemuanya akan saling tarik menarik antara satu sama lain kearah yang sama bagaikan logam yang boleh dimagnetkan dengan cara menjajarkan molekul-molekul logam itu dalam arah yang sama..

Jadi anda boleh lihat sendiri Hukum Tarikan bukan lah sekadar istilah canggih ataupun sihir zaman moden. Ia adalah satu bentuk hukum semula jadi dimana setiap atom anda sentiasa memberi tindak balas secara tetap sama ada anda mengetahuinya atau tidak.

.............." Jangan lah sesekali fikirkan perkara yang anda tidak ingini dan jangan sesekali menginginkan 
perkara yang anda tidak fikirkan. Apabila anda memikirkan sesuatu yang anda tidak ingini, 
anda telah menarik perkara itu dan apabila anda menginginkan perkara yang anda tidak 
fikirkan, Maka itu anda telah mensia-siakan kuasa minda anda yang amat bernilai. 
Sebaliknya, apabila anda memikirkan apa yang anda inginkan secara berterusan, maka 
kemampuan anda menarik sesuatu yang diingini menjadi semakin kuat. Minda adalah magnet 
yang menarik apa sahaja yang selaras dengan konsepnya "....................

Mulai hari ini jangan lah sesekali memikirkan perkara-perkara yang tidak baik yang tidak anda inginkan melainkan fikirkan sesuatu imaginasi impian anda secara berterusan.

InsayaAllah anda akan berhasil mendapatkannya.

- Jangan sesekali lakukan tarik menarik dalam komuniti kita -

' HEBAT, SESUNGGUHNYA HEBAT "


Source: http://ms.shvoong.com/books/guidance-self-improvement/1988968-hukum-tarikan-law-attraction/#ixzz26E60jZ5s