KELEBIHAN
SELAWAT
1) Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang
berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya
10 kali ganda - (HR Muslim.)
2) Allah akan
hapuskan dosa2 kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap
kali selesai menunaikan solat fardu.
3) Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan
selawat 100 kali sehari, insya Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada
lelaki @ wanita.
4) Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah
selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas
akan sembuh.
5) Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali
setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam
menghadapi apa jua masalah.
6) Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali
sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu
berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu
7) Sesiapa yang
mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan
lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.
8) Menurut Sayyid
Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat
mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.
9) Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari,
Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, dan
sebagainya dalm dirinya.
10) Sesiapa yang
amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, Insya Allah akan beroleh
kebahagiaan samada di dunia mahupun di akhirat.
11) Amalkan
selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan
akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.
12) Berselawat 33
kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang
diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
13) Sesiapa yang
berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat
keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.
14) Amalan berselawat sebanyak yang mungkin
setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi
pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.
15) Menurut Syibab
Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib &
Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.
16) Sesiapa yang
amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya
daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.
17) Amalan
berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa,
dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.
18) Menurut
As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya
daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.
19) Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu
pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada
mendapat kemurkaan Allah.
20) Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7
kali selama 7 Jumaat berturut2, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan)
daripada baginda SAW.
21) Menurut
Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka
amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.
22) Ada riwayat
yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada
hari Jumaat, InsyaAllah akan dihapuskan dosa2 kecil seseorang.
23) Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat
pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak
disangka-sangka baginya.
24) Jiwa yang
resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap
yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmatnya.
25) Ulamak
berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa
hitungannya, insya Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya
yang lain.
26) Membaca selawat 1000 kali selepas solat
hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan
Allah akan hajatnya.
27) Menurut para
ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka
berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.
28) Para Ulamak
berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat
40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.
29) Sabda Nabi
SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat,
maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - HR Abu Naim.
30) Sabda Nabi
SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada
waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat - HR
Thabrani
No comments:
Post a Comment