"Sesiapa yang hendak mengetahui kedudukannya di sisi Allah maka lihatlah kedudukan Allah di dalam hatinya. Sesungguhnya Allah SWT meletakkan kedudukan hambaNya di sisiNya sebagaimana hamba meletakkanNya di dalam dirinya."
Thursday, December 8, 2011
PETUA UNTUK MUDAH BANGUN BERQIAMULLAIL
Antara ikhtiar yang boleh kita sama-sama amalkan untuk istiqamah berqiyamullail:
1- Ikhlas kepada ALLAH dalam setiap tindakan yang dilakukan bagi meraih keredhaanNYA, iaitu melakukan solat malam dengan merahsiakannya dari pengetahuan orang ramai. Ini bertujuan supaya tidak ada rasa riak dalam diri.
2- Hendaklah melakukan solat malam dengan perasaan dalaman bahawa ALLAH swt menjemputnya untuk bangun di tengah malam.
3- Mengetahui sedalam-dalamnya ilmu mengenai kelebihan bangun malam berdasarkan pengajian & perbincangan.
4- Memerhati kesungguhan individu-individu terdahulu daripada kita yang istiqamah & iltizam melakukan qiyamullail khususnya para soliheen di kalangan sahabat & ulama'.
5- Tidur di atas lambung sebelah kanan akan memudahkan seseorang itu bangun di tengah malam seperti yang ditunjukkan oleh baginda Rasulullah saw.
6- Tidur dalam keadaan berwudhu' seperti yang ditegaskan oleh Rasulullah saw: "Apabila kamu hendak masuk tidur, berwudhu'lah seperti untuk menunaikan solat."-Hadith riwayat Imam Bukhari & Muslim daripada al-Barra b. Azib.
7- Bersegeralah masuk tidur (tidur di awal waktu) terutama selepas solat Isya' seperti amalan yang dilakukan oleh Rasulullah saw.
8- Berzikir dengan wirid-wirid yang ma'thur seperti Ma'thurat sebelum tidur, atau ayat-ayat pilihan dari al-Quran, dan baca doa tidur. Kerana ia menjadi benteng diri dari kejahatan syaitan dan membantu untuk mudah bangun.
9- Seboleh-bolehnya tidur sebentar di siang hari (Qailullah) iaitu sebelum masuk waktu Zuhur atau selepasnya, sekadar dalam setengah jam.
10- Elakkan dari banyak makan dan minum, kerana ia boleh membantutkan hasrat untuk bangun di tengah malam.
11- Bertekad sedaya upaya untuk bangun malam dalam apa jua keadaan.
12- Menjauhi dosa dan maksiat, kerana ia dikenal pasti sebagai penghalang pertama & utama dari mudah untuk bangun di tengah malam.
13- Membuat perhitungan diri (muhasabah) jika tidak mampu untuk bangun di tengah malam.
(http://ahmad-sanusi-husain.com)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment