Duhai anak…
Mentari pagi mula menunjuk diri
Galaslah begmu bersemangat waja
Di bahumu…amanah dan citra ayah bonda
Teruskan langkah..mara ke hadapan
Nun di sana… di medan ilmu
Ada insan suci sedang menggamitmu
Rela menunjuk ke jalan benar
Dia tak pernah jemu..memberi
Melimpahkan butiran mutiara ilmu
Tadahlah ia…penuhi dadamu
Agar akhirnya kau akan menjadi
Usah mengundang jemu bertamu
Setiap insan melalui jalan ini
Hadapkan wajah ikhlaskan hati
Di situ kan kau rasa nikmatnya tahu
Yang menjagamu dialah ilmu
Bukan harta membukit tinggi
Yang disuluh kebenaran... untuk yang mahu
Takkan sesat bila sudah dipandu
Kekal di situ duhai anak
Walau jatuh..bangkitlah lagi
Erti kejayaan bagi yang cekal
Erti kemenangan bagi yang sanggup
Bila kelak senyummu menguntum
Ingatlah dia yang memberi
Juga mereka yang mendoakan siang dan malam
Walau sekadar berbalas doamu…
No comments:
Post a Comment