"Sesiapa yang hendak mengetahui kedudukannya di sisi Allah maka lihatlah kedudukan Allah di dalam hatinya. Sesungguhnya Allah SWT meletakkan kedudukan hambaNya di sisiNya sebagaimana hamba meletakkanNya di dalam dirinya."
Sunday, February 27, 2011
EFFECTIVE PEOPLE
1.Believe there is no such thing as perfection.
2.Believe the basic intention of life, the universe, people, etc, is relatively good Everyone always believe that they are right and that are doing good, from their own perspective.
3.Seek only obtaining a result, a decision, a change, not to win or lose.
4.Believe there is no failure or success, only feedback, knowledge.
5.Act with integrity and honesty.
6.Do something else, or stop doing nothing, if things are not to their preference.
7.View ideas and thoughts from various viewpoints.
8.Have a clear idea of objectives.
9.Believe mind and body are part of the same system.
Saturday, February 26, 2011
BELAJARLAH...
QUOTE OF THIS DAY...
Friday, February 25, 2011
QUOTES OF THE DAY..
You can teach a student a lesson for a day; but if you can teach him to learn by creating curiosity, he will continue the learning process as long as he lives. ~ Clay P. Bedford~
Get over the idea that only children should spend their time in study. Be a student so long as you still have something to learn, and this will mean all your life. ~ Henry L. Doherty~
I find four great classes of students: The dumb who stay dumb. The dumb who become wise. The wise who go dumb. The wise who remain wise. ~ Martin H. Fischer~
The whole purpose of education is to turn mirrors into windows. ~Sydney J. Harris~
Education is what remains after one has forgotten what one has learned in school. ~Albert Einstein~
It is a thousand times better to have common sense without education than to have education without common sense. ~Robert G. Ingersoll~
The important thing is not to stop questioning. -Albert Einstein~
Education is a progressive discovery of our ignorance. ~Will Durant~
Men are born ignorant, not stupid; they are made stupid by education. ~Bertrand Russell~
Learning makes the wise wiser and the fool more foolish. ~John Ray~
TIPS MENJADI INDIVIDU YANG DISENANGI
Lima tips mudah dan boleh dipraktikkan sekiranya berminat untuk menjadi individu yang disenangi:
- Belajar mendengar - Sabar mendengar dan menjadi pendengar setia kepada individu yang lain merupakan salah satu cara untuk memenangi hati orang lain. Manusia secara asasnya suka mendengar suara mereka sendiri. Bila ada seseorang yang suka mendengar individu tersebut bercerita pastinya individu berkenaan akan besifat lebih terbuka kepada orang yang mendengar.
- Menghargai orang lain – Menghargai pandangan, pendapat mahupun tindakan individu lain juga merupakan strategi berkesan untuk memenangi hati orang lain. Hakikat azalinya manusia memang sukakan pujian yang akan meningkatkan motivasi dan semangat mereka dalam apa jua keadaan. Asasnya individu yang dipuji akan menjadi lebih terbuka dan mudah menerima pandangan daripada orang yang memujinya.
- Berfikiran Dan Berkelakuan Positif – Sentiasa memikirkan sesuatu dalam perspektif yang positif dan menunjukkan reaksi yang positif dalam sesuatu keadaan, juga mengelakkan diri dari menggunakan bahasa yang negatif mahupun bahasa-bahasa yang boleh menyakitkan hati pendengar. Asasnya tidak ada individu normal yang suka dipersalahkan. Dengan cara berfikiran dan berkelakuan positif individu terlibat akan mudah disenangi oleh orang sekeliling dan pada masa yang sama akan memudahkannya untuk mempengaruhi persekitaran sekelilingya.
- Berminat pada orang lain – semasa berinteraksi, minimakan fokus perbualan atau perbincangan kepada diri sendiri. Individu yang terlalu fokus mengenai diri sendiri akan cepat membosankan orang lain. Sebaliknya tunjukkan minat terhadap perbualan dan kisah orang lain. Untuk menjadi orang yang disukai, galakkan orang di persekitaran bercerita tentang diri mereka; dan
- Mudah Bersetuju – Asasnya secara semulajadi manusia sukakan orang yang bersetuju dengan mereka. Manusia juga mudah menyukai mana-mana individu yang mempunyai pandangan, persepsi, sikap dan kelakuan yang bersamaan dengan mereka. Dengan cara menunjukkan persetujuan kita membantu meningkatkan kepercayaan diri individu terlibat. Oleh yang demikian akan memudahkan urusan kita untuk menguruskan mereka.
SELAMAT MEMBINA HABLUMMINANNAS..
SHAKESPEARE SEVEN AGES OF MAN
Shakespeare telah menggariskan 7 peringkat kehidupan manusia dari mula lahir sehingga meninggal dunia iaitu Infancy, boyhood, Lover, Soldier, Justice, Pantaloon dan Second childishness.
Penerangan lebih lanjut mengenai peringkat kehidupan tersebut adalah seperti:
- Infancy – Peringkat permulaan hidup seorang manusia, belum mengenal apa-apa kecuali apa yang ada di sekitarnya sahaja. Perlu di beri perhatian penuh dan jagaan yang sempurna;
- Boyhood – Baru mengenal dan belajar perkara asas dalam hidup, aktiviti hidup lebih kepada belajar mengenali benda-benda baru secara ‘straight to the point’ tanpa sebarang maksud disebaliknya. Bermain, makan dan bergembira asas utama kehidupan masa ni;
- Lover – Mula mengenal perasaan cinta dan dicintai. lebih tepat lagi di alam remaja dan mula mengenal dunia dan persekitaran yang lebih luas dan masa untuk membina persahabatan, rakan dan kawan;
- Soldier – Peringkat paling agresif dalam kitaran hidup manusia, itu yang di rujuk sebagai Askar tu, darah panas dan membuak-buak, pantang di tegur dan mementingkan diri sendiri merupakan di antara kriteria manusia di peringkat ini;
- Justice – Pada tahap ini seseorang individu mula memikirkan cause dan effect secara serius dalam kehidupannya, pertimbangan akal dan fikiran yang lebih matang dalam menilai sesuatu tindakan dan juga berfikir bukan untuk diri sendiri semata-mata malahan turut mengambil kira orang-orang disekelilingnya;
- Pantaloon – Pada tahap pantaloon seseorang individu boleh dianggap sudah berjaya menempuhi hidup dan mencapai kekayaan, kesenangan dan sebagainya mengikut usaha masing-masing. Pemikiran pada tahap ini adalah untuk berkongsi kesenangan dengan mereka yang berada di sekelilingnya dan juga fokus kepada apa yang mereka minati; dan
- Second childishness – di peringkat umur warga emas dalam istilah zaman sekarang, tahap pemikiran individu di peringkat ini kembali kepada zaman kanak-kanak dahulu dan juga memerlukan perhatian dan bantuan daripada orang sekeliling.
Wednesday, February 23, 2011
LAU LA MURABBI...MA A’RAFTU RABBI...
(sumber : blog talaqqi UIA)
LAU LA MURABBI...MA A’RAFTU RABBI...
(Kalaulah tanpa guruku, takkan mungkin ku dpt mengenal tuhanku)
Berkata Al-Faqiirul Haqiirul Faanii, al-Muznibul Jaanii, ar-Raajii min Rabbihil ‘Afwa ma’a Buluughil Aamaanii, Muhadir bin Haji Joll as-Sanariyy:
“Para masyaikhku telah menasihatkanku beberapa perkara:
“Ikhlaskan niatmu dalam menuntut ilmu kerana sukar bagi hati untuk dimasuki cahaya jika di dalamnya ada sesuatu yang dibenci Allah.”
“Sucikan hatimu dari kekotoran maksiat kerana hati yang kotor tidak dapat menerima rahsia-rahsia ilmu dan kurniaan Allah.”
“Tuntutlah ilmu agama secara talaqi daripara masyaikh yang bersanad kerana ada padanya madad dan keberkatan.”
“Ilmu adalah sangat mulia. Justeru, bersabarlah dalam menuntut ilmu kerana semakin bertambah mulia sesuatu yang dituntut, maka semakin bertambah pula keletihan dan kepayahan dalam mencapainya.”
“Muliakanlah para ulama’, ilmu dan kitab-kitab mereka. Lazimikanlah dirimu untuk membaca kisah-kisah dan kitab-kitab para Salafus Soleh dan ulama Khalaf yang soleh terutamanya kitab Ihya ‘Ulumiddin karangan Hujjatul Islam, Al-Imam Al-Ghazzali kerana ia adalah perbendaharaan dari segala macam ilmu dan penawar yang mujarab bagi penyakit-penyakit hati.”
“Menuntut ilmu bukan hanya untuk mengisi otak dan fikiran, tetapi juga untuk memperhaluskan perasaan dan menyuburkan kebijaksanaan. Apa yang dicari bukan hanya semata-mata ilmu, tetapi juga manfaat dan keberkatannya. Justeru, jagalah adab-adab ketika menuntut ilmu untuk memperolehinya.”
“Cintailah Rasulullah dan keturunannya kerana jika hanya berilmu tanpa Mahabbatun Nabi, hati akan menjadi ‘gersang’.”
SaHaBaTku...
Persembahkanlah yg terindah bagi sahabatmu.
Jika dia harus tahu musim surutmu, biarlah dia mengenal pula musim pasangmu.
Gerangan apa sahabat itu hingga kau sentiasa mencarinya, utk sekadar bersama dalam membunuh waktu?
Tuesday, February 22, 2011
HaTi
Friday, February 18, 2011
FOOD 4 MY SOUL...
Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya. Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata. Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati. Tetapi kita bahagia dalam dakapannya.Semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik..InsyaAllah...
pilihan-Nya.
Tak ada yang lebih baik dari pilihan Allah.
Mungkin kebaikan itu bukan pada lelaki yang
terpilih itu, melainkan pada jalan yang kaupilih,
seperti kisah seorang wanita sudi di masa lalu
yang meminta ke-Islam-an sebagai mahar pernikahannya.
Atau mungkin kebaikan itu terletak
pada keikhlasanmu menerima keputusan Sang Kekasih Tertinggi.
Kekasih tempat kita memberi semua cinta dan menerima cinta
dalam setiap denyut nadi kita.
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan.
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.
DOA...
Ya Allah Ya Tuhanku,
Aku berdoa untuk seorang ADAM yang akan menjadi sebahagian dari hidupku..
Seseorang yang sungguh mencintaiMu lebih dari segala sesuatu..
Seorang ADAM yang akan meletakkanku dihatinya setelah Engkau..
Seorang ADAM yang hidup bukan untuk dirinya sendiri tetapi untukMu..
Aku bukanlah mencintai zahirnya semata-mata kerana ketampanannya..
Tapi hanya kerana hatinya yang teguh mencintai Engkau tuhanku..
Tuhanku..
Aku tidak meminta seseorang yang sempurna namun aku meminta seseorang yang tidak sempurna..
Agar aku dapat membuatnya sempurna pada pandanganMu..
Dan menyokong dan meneguhkan hidupku..
Seseorang yang dapat menjadi sahabat terbaikku dalam setiap waktu..
Seseorang yang membuatkan senyumanku mengatasi segala kesedihannya..
Tuhanku..
Aku juga meminta..
Jadikan aku seorang perempuan yang dapat membuatnya bangga..
Berikan aku hati yang sungguh mencintai Mu sehingga aku dapat mencintainya dengan sekadar cintaku..
Berikan aku tangan yang akan selalu mampu berdoa untuknya..
Berikanlah aku penglihatan sehingga aku dapat melihat banyak hal baik dan bukan hal buruk dalam dirinya..
Berikanlah aku pertuturan yang penuh dengan kebijaksanaan..
Agar aku mampu memberikannya semangat dan sokongan padanya setiap hari yang mendatang..
Tuhanku..
Dan bilamana akhirnya kami akan dipertemukan,
Aku berharap kami berdua dapat mengatakan:”Betapa Maha Besarnya Engkau kerana telah memberikan aku pasangan yang dapat membuat hidupku menjadi sempurna”
Aku mengetahui bahawa Engkau ingin kami bertemu pada waktu yang tepat..
Dan Engkau membuat segala sesuatunya indah pada waktu yang Engkau telah tentukan..
Wahai Tuhanku..perkenankanlah permintaan HambaMu yang dhaif ini...
ACUAN MINDA...(Rumusan Bacaan)
Untuk renungan bersama... intipati pembacaan :
1) Alam ini adalah buku terbuka utk dikaji oleh manusia.Ibarat buku sudah tentu ada penulisnya. Alam ini merakamkan rahsia penulisnya Yang Maha Agung, untuk manusia menelitinya supaya keyakinan manusia terhadap Penciptanya bertambah kuat. Pancaran keyakinan itu yang dipandu oleh kalamNya mampu membimbing manusia memiliki aqidah yang hebat n iman yg kuat.
2) Apa yg blaku pd zmn terdahulu harus mjadikan kita futuristik thadap perubahan. Hijrah dlm erti kata merintis perubahan kpd tamadun contoh telah membimbing manusia mjadi lebih beradab, mjadikan akhlaq sebagai tunggak kekuatan n kecemerlangan ilmu sbg sumber kemajuan.
3) Tamadun Islam di zaman puncaknya tbangun dgn budaya intelek yg tinggi. Umara' dalam beberapa tradisi kepimpinan mjadi penaung kpd tradisi intelektualisme yg sihat. Perdebatan n perbezaan pendapat berlaku tetapi di klgn mereka mpunyai etika yg tinggi utk menerima yang BERBEZA itu BERBEZA n yang SAMA itu SAMA.
4) ROH SOLAT apabila mjadi sandaran dlm kehidupan myebabkan manusia:
ingin fokus dlm kerja (khusyu'), mpunyai daya kepimpinan n kepengikutan yg baik (Imam n Ma'mum), bdiri atas saf-saf yg tsusun rapi (daya saing yg tinggi), terbina jiwa jamaah yg baik (kerja bpasukan) n mohon keampunan n barakah dariNya (muhasabah n natijah kerja yg berkualiti).
5) Mengubah tingkah laku manusia, sikap n pemikiran adalah suatu kerja yg payah. Pendidik adalah murabbi, muallim n juga muaddib.
6) HIKMAH lah yg mjadi suluh kpd akal n emosi. Hasil pemikiran, dapatan dan pgalaman tanpa disuluh oleh hikmah ianya tidak memberikan makna yang hakiki.
7) Berfikir analitikal dlm konteks al Quran mbawa para remaja sentiasa sedar n menginsafi bahawa kisah-kisah dlm al Quran terkandung himah, rahsia n pengajaran yg amat mulia.
8) Sesuatu yg wujud tidak semestinya maujud (dpt dilihat n dipegang) - perkara2 ghaibiyyat.
9) TRADISI - memahami tradisi adalah memahami sesuatu yg telah berlalu. Ia dijadikan asas n landasan supaya wujud kesinambungan pd hr ini n masa depan. Wahyu yg turun meninggalkan tradisi keilmuan, petunjuk n hikmah. Sunnah yg bkembang mninggalkan tradisi contoh. Tradisi Quran n Sunnah mberi suluh kpd tbinanya budaya Islami.
10) Fahaman Tradisi : merujuk kpd sesuatu yg telah blaku n mjadi asas kpd sistem kepercayaan n agama.
11) Fahaman Liberal : merujuk kpd aliran falsafah pemikiran Barat yg tcabit akar tradisinya n tidak mjadikan agama n nilai2 mutlak sbg sandaran.
12) Fahaman Pluralis : ilah wujudnya tanggapan beragama dgn titik psamaan bahawa semua agama adalah baik n semua agama mbawa kebenaran sehingga tdk dpt mbezakan yg mana satu agama samawi (agama yg mpunyai kitab), agama budaya dan agama falsafah yg asas konsep dan matlamatnya adalah tidak serupa.
13) Membangun pengetahuan tentang teknologi tinggi @ 'high tech' umpamanya tidak melupakan kepentingan sentuhan keinsanan @ 'high touch' supaya asas keinsanan dilihat sbg yg amat utama.
14) Dalam tradisi pendidikan Islam, matlamat mendidik ialah mengadabkan insan. Adab dlm pengertian yg luas ialah mberikan asas disiplin kpd minda, asas disiplin kpd hati dan asas disiplin kpd amal n penghayatan.
15) Imam al Ghazali : menyebut hati itu ibarat mudrik (takungan air). Apa yg didapati dari pancaran akal menerusi pancaindera menitis masuk ke mudrik. Kalaulah yg diterima itu adalah sesuatu yg jernih n baik maka baiklah pancaran amal manusia, begitulah sebaliknya.
16) Ilmu bukan sekadar sesuatu yg dihafaz n diingat. Ilmu memerlukan kefahaman n penghayatan. Pada ilmu tdapat maklumat mengenai kebenaran n kebijaksanaan, dan pada ilmu juga terkandung nilai yg mberi petunjuk kpd hikmah. Apabila ilmu menjadi pedoman n amalan ianya ibarat suluh yg menerangi jln hidup manusia.
Sekian, Wallahu a'lam. 13122010 (Isnin)
Untuk pembacaan yang lebih terperinci, sila dapatkan buku 'ACUAN MINDA' - Prof. Sidek Baba
Sumur CINTAku
Musim bulan madu...
Musim menyulam kasih...
telah ke hujung.
Di sumur cinta ini...
Gelak tawa mula bertukar tangis..walau dalam hati
Di sumur cinta ini..di Tanah Sekebun Bunga
ada kasih yang ditinggal
ada hati yang berat melepaskan
kami tinggalkan kecintaan dalam peliharaanNya
kami menuju daerah taklifan
dengan seribu harapan untuk mereka
Pada setiap detik
ada doa jua petuahnya
senantiasa menemani kami
duhai yang tak pernah jemu mendoa
di setiap 5 waktunya jua lewat dhuha dan tahajjud
Biarkan kita saling mendoakan
Biarkan hati sarat merindu
Dengan izinNya lagi
di sumur ini ikatan mawaddah mahabbah
akan terus mengalir... sampai syurga
Sahabat...
Terima kasih sahabat
atas utusan salam
menyapa lembut sanubari
manisnya kata berbaur kerinduan
Walau jarak manjauhkan cinta
Selagi berbulan nan satu
Selagi berbahangkan matahari nan satu
Ukhuwwah tetap utuh di situ
Bak batu bata yang saling mengukuhkan
itulah kita suatu waktu dulu
Yang ditinggal hanya memori suka duka di daerah itu
Daerah Taman Ilmu dan Budi
Jangan jemu bersua lagi
Bukan status jadi pemisah
Selagi ada DIA di hati kita
Takkan sahabat hilang sahabat
Raihlah cita-cita setinggi langit biru
Lebarkan sayapmu menggapai awan
Bumi dipijak rumput nan hijau
Justeru tanah akan kembali ke tanah jua.
YANG INGIN KUTUTURKAN
Inilah yang ingin kututurkan
bahawa hidup adalah perubahan
tak tahu bagaimana laju putarannya
tapi roda hidup...begitulah... selalu berputar
Pada setiap perjalanan
kita merantai ceritera
suka, duka, tangis, tawa
marah, gembira..
semuanya berpadu dalam balutan
yang bernama persahabatan
Terkadang kita berselisih
tapi lebih banyak berbagi kasih
Terkadang kita egois
tapi lebih banyak saling meraikan sesama
Terkadang kita tak sejalan
tapi lebih banyak kita bergandingan tangan
Jarum jam adalah saksi
berapa waktu telah terlewati
andai dinding mampu menyaksi
saat dera kesibukan menjauhkan hati kita
dan hari pun berganti bulan
semua menjadi bukti
betapa berertinya seorang kawan
Duhai kawan...ingin kututurkan lagi
hidup adalah perubahan
bak aliran sungai
ke mana pun arahnya
tetap punya guna dan makna
begitu jua kita...
bagaimana pun putarannya
harus tetap menjadi yang terbaik
Ayuhai teman...
hari-harimu tak akan sama lagi
nikmati saja perubahannya
kelak kau akan merasa
semuanya akan terbiasa...
walau tanpa insan-insan
yang biasa menghiasi hari-harimu
Duhai Anak..
Duhai anak…
Mentari pagi mula menunjuk diri
Galaslah begmu bersemangat waja
Di bahumu…amanah dan citra ayah bonda
Teruskan langkah..mara ke hadapan
Nun di sana… di medan ilmu
Ada insan suci sedang menggamitmu
Rela menunjuk ke jalan benar
Dia tak pernah jemu..memberi
Melimpahkan butiran mutiara ilmu
Tadahlah ia…penuhi dadamu
Agar akhirnya kau akan menjadi
Usah mengundang jemu bertamu
Setiap insan melalui jalan ini
Hadapkan wajah ikhlaskan hati
Di situ kan kau rasa nikmatnya tahu
Yang menjagamu dialah ilmu
Bukan harta membukit tinggi
Yang disuluh kebenaran... untuk yang mahu
Takkan sesat bila sudah dipandu
Kekal di situ duhai anak
Walau jatuh..bangkitlah lagi
Erti kejayaan bagi yang cekal
Erti kemenangan bagi yang sanggup
Bila kelak senyummu menguntum
Ingatlah dia yang memberi
Juga mereka yang mendoakan siang dan malam
Walau sekadar berbalas doamu…
Sebelum Kau Pergi...
SEBELUM KAU PERGI
UNTAIKAN IMPIAN SEMALAM
HARUM MEWANGI...MENYELINAP KE PELUSUK JIWA
SESEGAR MAWAR KEMBANG DINIHARI
SEBELUM KAU PERGI
TABURKAN KELOPAK BUNGA
SEGENAP DERAP KENANGAN
BAUNYA MENGASYIKKAN
HIDANGAN RINDU BERTANDANG
MEMBASUH BERIBU KEPILUAN
SEBELUM KAU PERGI
HAPUSKAN BEKAS – BEKAS KELUKAAN
MENGUMPUL CALAR PERASAAN
DI SETIAP RUANG HATI NAN MENDENDAM
SEBELUM KAU PERGI
PINJAMKAN HATI KUDUS NAN TEGUH
AGAR KENTAL SEPANJANG ZAMAN
MEMBALUT JIWA-JIWA RAPUH
SEBELUM KAU PERGI
HARAP BISA DIHIRUP
MADU KEMAAFAN...PENAMAT SALAM
MELABUH TIRAI SATU IKATAN HANYA KERANANYA
SEBELUM KAU PERGI
BERJANJILAH BAHAWA SETELAH KAU PERGI
KAKIMU AKAN MEMBAWAMU LAGI KE DAERAH INI
MEMBAWA KHABAR GEMBIRA
MENYEMBUH HATI-HATI NAN LAMA WALANG
DEK SEBUAH PERPISAHAN...
WALAU SEKEMBALIMU NANTI
UDARANYA BUKAN LAGI YANG DULU
SAAT KAU TINGGALKANNYA BERSELIMUT DUKA NAN RAWAN...