Tuesday, December 6, 2011

JANGAN PUTUS ASA


Suatu kebodohan, apabila...
Kamu membenci semua mawar, kerana salah sekuntum daripadanya telah melukakan jarimu.
Kamu berhenti menganyam cita-cita, kerana salah satu cita-citamu tidak menjadi.
Kamu berhenti berdoa, kerana salah satu doa kamu tidak dijawab.
Kamu berhenti berusaha, kerana salah satu usaha kamu gagal.
Kamu menyalahkan semua kawan kamu, kerana seorang daripadanya mengkhianati kamu.
Kamu tidak percaya dengan cinta, kerana seseorang telah mengecewakan kamu.
INGATLAH, mungkin akan tiba peluang kedua...
Kawan yang baru, Cinta yang baru, Kehidupan yang baru,
Janganlah sesekali berputus asa.

3 Principles of LIFE : Have, Give, Get


Inspired by (drmuhaya.blogspot.com) :
"Life is a boomerang. In order for us to be happy, we have to make others happy. What we want for ourself, we give to others first. In other word, what we give is what we get, and we cannot give what we do not have."
To be successful, we have to make others successful.
To be happy, we make others happy.
To be healthy, we make others healthy.
Be the change you want in others according to Mahatma Gandhi. To achieve the highest peace of mind, we have to do three things:

1. High integrity
2. Treat others better than the way you want to be treated
3. Go the extra mile. There is no traffic jam.

Three principles of life.
1. Have
2. Give
3. Get

Have good, give good, get good. So if we get bad, it means that we have given bad and we can only give bad if we have bad inside us. Hence, to have a good life, work at developing goodness in our heart and start giving love and kindness, peace and joy.

SOMETHING TO PONDER



☑ Beauty isn't all about having a pretty face. It's about having a pretty mind, a pretty heart, and a pretty soul..
☑ Beauty only catches attention, while personality catches the HEART...
☑ People are not beautiful as they look, As they walk, As they wear. People are beautiful as they love, as they are sincere, as they care, as they share.
☑ if what you see by the eye doesnt please you then close your eyes &see from the heart because the heart can see beauty & love more than the eyes can ever wonder.
☑ "To be beautiful means to be yourself. You don't need to be accepted by others. You need to accept yourself."

And last...
✔ I admit I'm so U.G.L.Y.
(U-nique, G-ood, L-ovely, Y-ummy).
Are you U.G.L.Y. too?

BERJAUHAN



Berjauhan bukanlah sebab utama untuk saling merindui. Akan tetapi, kedekatan hati, ingatan berterusan dan perasaan memerlukan, itulah yang menerbitkan kerinduan walau sebenarnya antara kita dan orang yang dirindui amat dekat, bertemu setiap saat.

Sekiranya itu yang kita rasakan terhadap orang yang dikasihi, maka apatah lagi terhadap ALLAH SWT, Rabbul Izzati yang selayaknya kita serahkan kerinduan ini.

وَلَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ وَنَعْلَمُ مَا تُوَسْوِسُ بِهِ نَفْسُهُ وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ الْوَرِيدِ

Maksudnya : "Dan sesungguhnya KAMI telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan KAMI lebih dekat kepadanya dari pada urat lehernya."
(Surah Qaaf ayat 16)

IKTIBAR SOLAT


Setiap PAGI, AZAN SUBUH kejutkan saya bangun untuk menghadapkan diri kepada ILAHI,
baru segar diri SETIAP hari!

Sibuk waktu di TENGAHARI, AZAN ZOHOR peringatkan diri,
WALAU sibuk KERJA DI DUNIA ini TIANG AGAMA jangan DIRUNTUHKAN dengan kelekaan diri!

MOOD semakin menjadi MODY bila petang memunculkan diri,
namun AZAN ASAR penyegar diri senaman RINGKAS penenang HATI!

SENJA sudah hampiri DUNIA ini membuat manusia kembali ke rumah sendiri,
sedang sibuk bersihkan diri AZAN MAGHRIB membersihkan hati dan rohani!

Seharian KEHIDUPAN telah dilalui AZAN ISYAK pelengkap hari ini,
sebelum mata terpejam lagi akhiri hari ini dengan solat penuh di JADUAL DAIRI!

Sunday, December 4, 2011

DIAM


Terkadang kita hanya perlu DIAM dalam memberi komen,
Terkadang kita hanya perlu DIAM dalam menegur,
Terkadang kita hanya perlu DIAM dalam memberi nasihat,
Terkadang kita hanya perlu DIAM dalam memprotes,
Terkadang kita hanya perlu DIAM dalam persetujuan,

... Tapi
Biarlah DIAM kita mereka faham ertinya,
Biarlah DIAM kita mereka terkesan maknanya,
Biarlah DIAM kita mereka maklum maksudnya,
Biarlah DIAM kita mereka terima tujuannya,

Kerana
DIAM kita mungkin disalah tafsir,
DIAM kita mungkin mengundang syak wasangka,
DIAM kita mungkin disilap diterjemah,
DIAM kita mungkin tidak membawa apa-apa maksud,

Justeru itu
jika kita merasakan DIAM itu terbaik, seharusnya kita DIAM,
namun seandainya DIAM kita bukanlah sesuatu yang bijak,
berkatalah sehingga mereka DIAM...

BOLEHKAH???


Kamu.. bolehkah aku bertanya?

Adakah kamu tidak pernah terfikir tentang aku? Apakah kamu tidak pernah terlintas akan nama ku, senyuman ku, kasih sayang ku di mainan jalanan hari-hari mu? Tiadakah sekelumit kenangan manis antara kita dahulu yang bisa membuat kamu tersenyum?

Kamu.. bolehkah aku bercerita?

Aku rindu kamu, sentiasa ingat kamu.. Kadang tikanya ada yang berlalu melintasiku memakai bauan minyak wangi yang dulunya pernah kamu pakai, akan ku toleh dan mengikutinya dalam diam sambil menghidu bau nya di angin dan tanpa sedar air mata jernih ku mengalir.. ingat kan kamu... ingat kan kamu.. rindu sungguh pada kamu..

Kamu.. bolehkah aku bertanya lagi..?

Kamu bahagia di sana? Kamu gembira di sana? Senyumkah kamu di sana? Tawa kah kamu di alam tanpa ku? Telah ketemu kah selaut bahagia yang kamu cari, seluas angkasa indah yang kamu dambakan? Sejuta ketenangan hati yang kamu impikan?

Kamu.. bolehkah aku bercerita lagi?

Aku rindu kamu, sentiasa memandang kamu.. Aku tahu kamu milik orang dan aku terima dengan hati yang suci, ikhlas kerana aku mahu lihat kamu bahagia. Dan laksana itu aku menjauhkan diri membawa kata hiba untuk diri ini. Tiap kali aku memandang bulan purnama yang jauh, itu bagai kamu pada mata jiwa ku.. aku memandang kamu yang bercahaya gembira di sana... Dan maha sesungguhnya aku mahu berada di samping kamu bertawa gembira, bercahaya purnama tapi aku pilih untuk melihat dari jauh demi bahagia kamu, demi gembira kamu bidadari hati ku..

Kamu.. bolehkah aku bertanya?

Kenapa airmata ku mengalir tika menitipkan kata monolog jiwa ku ini? Sengsara kah aku? Kamu... :(

(Muaz Hadi - http://damai-hati-ini.blogspot.com/)