Saturday, December 3, 2011

KELEBIHAN BUDU


BUDU amat sinonim dengan masyarakat Kelantan. Percaya atau tidak hampir setiap keluarga di negeri itu mempunyai sekurang-kurangnya sebotol budu di dapur mereka! Betul ke? Tanya lah orang Kelantan. Apa yang bagusnya pasal budu nie?

Terdapat banyak kelebihan budu,sehinggakan kandungan budu ini dikaji oleh saintis barat untuk mencari khasiat budu dan kelebihan budu itu sendiri. Di bawah ini adalah artikel yang menceritakan penemuan khasiat budu oleh pengkaji.

Misteri yang baru terungkap. Khazanah yang belum dikenali ramai tapi sudah lama diamalkan di Kelantan. Budu atau sos bilis yang berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika, Australia, New Zealand dan Jerman.

Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki Gluthaione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser. Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makanan “kuno”. Budu berpotensi untuk melawan radikal bebas sehingga dapat menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, diabetes, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal.

Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab diare, penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi. Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna,diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diare kronis akibat kurang zat pada tubuh.

Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diare kronis ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat. Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya, kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron2 yang lemah. Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa.

2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B Kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K). Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 thiamin), vitamin B2 (riboflavin), asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin 12 (sianokobalamin).

Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin – yang mana Vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. Ianya perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.

Kadar Vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12
di dalam badan. Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup.

Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2,87 dan 8.05mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon. Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas.

Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel.

Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan di dalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut. Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon (unsur antioksidan) iaitu daidzein,glisitein dan genistien. Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi soflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain.

Penelitian yang dilakukan di University North Carolina, Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan kanser payudara. Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis.

Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan. Manakala faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia), hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak. Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) seperti kandungan protein,serta makanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan kalsium.

Satu ujikaji rambang yang dijalankan mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan. Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi,budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik.

Kandungan serat didalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari jumlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Reserach.

Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada tempe (Farmasi Anis: tempe atau budu?) lebih mudah untuk dicernakan. Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan.

Budu umpama seteguk air multivitamin yang menyumbang kepada pelbagai keperluan untuk tubuh badan.

Semoga maklumat tentang kelebihan budu ini dapat kita ambil manfaat bersama.Nanti kalau ada orang tanya kenapa awak makan budu dan apa khasiat budu, tak la kekok nak jawab. Sekian.

PS: Makanlah Budu Sebelum Terlambat! :) :)

Sebagai Ketua: Strategi Motivasi Nabi Muhammad Apabila Mendorong Orang Supaya Buat Kerja yang Lebih Berkualiti

(rujukan - http://hadithpsikologi.blogspot.com)

Nabi Muhammad adalah seorang motivator, yakni beliau mendorong anak-anak buahnya, alias pengikutnya, supaya meningkatkan prestasi mereka.

Apabila beliau memberi dorongan, beliau tidak berceramah panjang-panjang. Beliau juga tidak menyeru-nyeru, tidak menyuruh-nyuruh, tidak mendesak, tidak mengajak-ajak mereka, tidak mengkritik sikap mereka dan tidak menjanjikan apa-apa ganjaran supaya mereka menyahut dorongan beliau.

Bagi mendorong orang supaya meningkatkan kualiti kerja mereka, Nabi menggunakan strategi menunjukkan secara live kerja-kerja yang dilakukan dengan cara elok dan betul. Beliau menunjukkan 3 kategori kualiti kerja:

a. Kerja yang baik kualitinya
b. Kerja yang lebih baik kualitinya
c. Kerja yang paling baik kualitinya

Hadith di bawah ini menunjukkan strategi dan teknik yang Nabi gunakan sebagai alat pendorong supaya dijadikan ikutan:

Imran bin Husain melaporkan pada suatu masa ada seorang lelaki datang mendekati Nabi Muhammad. Lelaki itu berkata, “Assalamualaikum.” Nabi Muhammad berkata, “Dia mendapat 10 pahala.” Kemudian datang pula seorang lain yang berkata, “Assalamualaikum wa rahmatullah.” Nabi Muhammad berkata, “Dia mendapat 20 pahala.” Kemudian datang lagi seorang lain yang berkata, “Assalamualaikum wa rahmatullah wa barakatuh.” Nabi Muhammad berkata, “Dia mendapat 30 pahala.” - Hadith No. 2689 dalam kitab Shahih Sunan Tarmizi

Dalam hadith di atas Nabi Muhammad hanya menunjukkan cara melakukan kerja yang betul. Itu sahaja. Beliau tidak menyuruh mereka yang sedang didorong itu supaya menirunya dengan berkata seperti di bawah:

* Kita perlu memperbaiki cara kita memberi salam.
* Kamu hendaklah memberi salam macam cara Si Fulan itu memberi salam.
* Cara kamu beri salam sekarang tidak betul. Ikut cara mereka.
* Betulkan cara kamu memberi salam supaya kamu dapat banyak pahala.
* Kalau kamu hendak dapat banyak pahala, ikut cara mereka memberi salam.
* Si Fulan itu pandai memberi salam dengan betul. Tiru cara Fulan itu.

Strategi yang Nabi gunakan dalam hadith di atas bertentangan dengan sesetengah pendapat, di mana mereka mengatakan, kalau kita mahu mendorong orang supaya menjadi insan yang baik, kita perlu menunjukkan perkara-perkara buruk yang sebenarnya menjadi realiti dalam kehidupan.

Guru & Pelajar Saling Melengkapi


(Artikel yg diterbit kan dalam Dewan Masyarakat ini ditulis oleh sahabat karib saya Kak Ja...sahabat seUIA dan secourse LAW saya dulu.)

Oleh Nazruzila Razniza Mohd Nadzri

Islam menganjurkan pencarian ilmu kepada penganutnya sebagai tonggak utama dalam meneruskan hidup. Ini jelas terbukti melalui wahyu pertama Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail. Perkataan Iqra’ (bacalah) dalam surah al-‘Alaq ayat 1 – 5 seperti maksud di bawah adalah simbolik kepada peri pentingnya usaha mendapatkan ilmu melalui pembacaan. Ilmu memastikan penerusan sesebuah bangsa, bahkan status kemajuan bangsa. Ketinggian ilmu sesebuah bangsa meninggikan darjatnya di mata dunia.

Firman Allah Taala yang bermaksud: “Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk). Ia menciptakan manusia daripada sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (Surah al-‘Alaq:1 – 5)

Dalam ayat di atas, dapat difahami bahawa Allah mengajar manusia melalui pena dan tulisan yang bermaksud ilmu akan diperoleh melalui pembacaan dan selanjutnya boleh dipanjangkan. Penerusan berlaku melalui penulisan. Disebarkan dan pada masa yang sama memapankan pemahaman dan penguasaan dan menambah nilai kepada ilmu yang sedia ada.

Pemerolehan ilmu boleh juga berlaku dengan perantara seperti guru. Konsep ini disebut sebagai pengajaran dan pembelajaran. Penerokaan ilmu melalui cara ini, sama ada secara formal atau tidak formal pastinya melibatkan etika, prinsip, adab dan proses serta teknik tertentu. Bagi seseorang Muslim semuanya terkandung dalam sumber sah yang ditetapkan agama terutama ayat suci al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW.

Tunjang dalam proses pemerolehan ilmu secara tradisional umumnya melibatkan interaksi antara guru dan pelajar. Personaliti ilmuwan kebangsaan seperti Tok Kenali (Haji Muhammad Yusuf bin Ahmad al-Kalantani) dan Syed Mohd Idris Abdul Rauf al-Marbawi, contohnya menapak ke serata ceruk pondok di Tanah Melayu untuk menimba ilmu. Mereka gigih merantau jauh semata-mata untuk mencari guru. Namun, konsep ini mungkin tidak tepat sekali pada masa kini.

Limpahan maklumat daripada media cetak, elektronik dan maya, mempengaruhi teknik mendapatkan ilmu pada masa kini. Seseorang individu terutamanya generasi muda belia lebih suka berinteraksi menggunakan komputer riba, telefon mudah alih, telefon pintar, tablet dan sebagainya berbanding dengan berkomunikasi dengan guru. Semua maklumat boleh diperoleh dengan cepat, mudah, fleksibel, variasi dan tanpa had dengan pergerakan fizikal yang minima. Akhirnya guru dilihat sebagai terlalu dominan, membosankan, terhad, leceh, kaku dan tradisional.

Persoalannya, tepatkah proses ini dengan konsep menuntut ilmu dalam Islam dan relevankah guru dalam proses penerokaan ilmu pada era maklumat di hujung jari ini? Oleh hal yang demikian, kajian dan penelitian kepada konsep menuntut ilmu melalui kaedah pengajaran dan pembelajaran sebenar yang dianjurkan oleh Islam perlu diperhalusi.

Perkataan ilmu berasal daripada bahasa Arab, iaitu “alima”. Menurut perspektif Islam, ilmu didefinisikan sebagai pendapat yang terbukti kepastian tepatnya dengan hakikat yang sebenar. Penghuraian ini diberikan di dalam Mustika Hadith melalui nota kakinya pada maksud ilmu dalam ayat al-Quran di bawah:

“Maka hendaklah engkau berusaha mendapat ilmu yang meyakinkanmu: “Bahawa tidak ada yang bersifat ketuhanan melainkan Allah (Surah Muhammad:19).

Ilmu mengikut perspektif Islam mestilah tidak bersalahan dengan sumber sah agama Islam iaitu al-Quran, sunah mahupun ijmak dan kias. Ilmu mencakupi semua cabang dan bidang tidak hanya terhad kepada agama contohnya ilmu perubatan, pendidikan, kemanusiaan, komunikasi, astronomi, pembinaan, agrikultur, kajian lautan dan sebagainya. Selanjutnya, Islam memperuntukkan garis panduan untuk memperoleh ilmu melalui proses pengajaran dan pembelajaran iaitu mestilah daripada individu yang benar-benar menguasai ilmu tersebut. Hal ini terang sekali di dalam maksud firmah Allah seperti di bawah:

Firman Allah Taala, maksudnya: “.. bertanyalah kamu kepada orang-orang yang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahuinya.” (Surah An-Nahl: 43 dan Al-Anbia’: 7).

Hadis Rasulullah SAW yang maksudnya: “Sesungguhnya ilmu yang sah dan muktabar itu tidak akan dapat dicapai melainkan dengan dipelajari daripada guru” (Mastika Hadis di dalam nota untuk Hadis ke-20) menegaskan dan memperkukuhkan hal ini. Kesannya, pemerolehan ilmu melalui buku, sumber digital dan Internet adalah boleh diragui kebenaran, kesahihan dan ketepatan pemahamannya. Ini bersalahan dengan maksud ilmu yang dinyatakan terdahulu.

Namun begitu, tidak tepat juga untuk menyatakan sumber di atas bukan sumber sahih penimbaan ilmu. Individu mesti bijak membezakan sumber yang benar melalui beberapa faktor seperti, penulisnya (mestilah seorang yang dalam lingkungan kemahirannya), dalil maklumat yang ditulis, huraian yang tepat dan lengkap dengan ilustrasi, jelas antara fakta dan pendapat. Namun, ada kalanya informasi yang didapati daripada sumber tersebut tidak jelas, keliru, berlawanan atau pun susah untuk difahami. Maka rujukan kepada individu yang selayaknya amat perlu untuk mengatasi semua isu ini.

Dari satu sudut yang lain, guru mungkin memperoleh ilmu daripada pelajarnya dan hal inilah yang merupakan keindahan proses pembelajaran dan pengajaran. Walau bagaimanapun sedikit salah faham sering tercetus apabila pelajar menganggap guru perlu tahu semuanya dan guru pula percaya dia lebih tahu daripada pelajar.

Oleh itu, satu penyelesaian kepada konflik ini perlu dirungkaikan. Sekali lagi agama Islam yang serba sempurna menetapkan etika tertentu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pematuhan ketat kepada etika akan memastikan ilmu yang diperoleh membawa manfaat kepada kedua-dua pihak. Manfaat berkait rapat dengan ajaran Islam dan tidak terhad bagi konteks kebaikan duniawi semata-mata, bahkan boleh dijadikan sebagai bekalan ukhrawi.

Pembelajaran atau belajar melibatkan perubahan dalam diri pelajar. Belajar dapat didefinisikan sebagai perubahan tingkah laku pada diri individu hasil daripada interaksi antara individu dengan individu dan individu dengan lingkungannya sehingga mereka lebih mampu berinteraksi dengan lingkungannya. “Perubahan” bermaksud, seseorang yang telah mengalami proses belajar akan mengalami perubahan tingkah laku, baik dalam aspek pengetahuannya, keterampilannya, mahupun dalam sikapnya.

Seterusnya, “mengajar” pada prinsipnya ialah membimbing pelajar dalam kegiatan belajar. Mengajar pula merupakan suatu usaha mengorganisasikan sekitarnya dalam hubungannya dengan pelajar dan bahan pengajaran sehingga menimbulkan terjadinya proses belajar pada diri pelajar. Proses belajar ini walau bagaimanapun mesti menyeluruh, bukan hanya terhad kepada penambahan intelek semata-mata bahkan mesti merangkumi aspek emosi. Proses belajar dan mengajar juga memerlukan interaksi antara satu sama lain.

Al-Quran telah memberikan beberapa garis panduan sebagai asas bagi mewujudkan perhubungan atau interaksi yang berkesan antara seseorang dengan seseorang insan yang lain. Antara ayat al-Quran yang menjelaskan tentang perkara di atas termasuklah:

“Perkataan yang baik dan perbuatan memaafkan (kesilapan mereka) adalah lebih baik daripada memberi sedekah (pemberian) yang diiringi (dengan perbuatan atau perkataan) menyakitkan hati. Dan (ingatlah) Allah maha kaya dan maha penyantun”. (Surah Al-Baqarah: 263)

“Dan kalaulah engkau terpaksa berpaling daripada mereka untuk tidak melayani mereka kerana menuntut Rahmat Tuhan kamu yang kamu harapkannya, maka katakanlah kepada mereka kata-kata yang baik menyenangkan hati”. (Surah Al-Isra’ : 28)

“Maka rahmat Allah yang menyebabkan kamu berlemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu”. (Surah Al-’Imran: 159)

“Serulah (manusia) ke jalan (agama) Tuhanmu dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat yang baik dan berbahasalah dengan mereka dengan cara yang sebaik-baiknya…..” (Surah An-Nahl : 125)

Al-Quran di atas telah menggariskan bahawa hikmah kebijaksanaan, lemah lembut dan percakapan dan bahasa yang baik adalah menjadi asas bagi mewujudkan komunikasi dan interaksi berkesan antara sesama insan. Jelas sekali, ayat al Quran di atas merupakan garis panduan umum dalam apa jua bentuk interaksi sesama manusia. Oleh itu, ia tepat untuk diaplikasikan dalam hubungan antara guru dengan pelajar. Manakala sifat keras dan kasar serta kata yang menyakitkan adalah dilarang.

Hal yang menarik untuk diketengahkan bentuk interaksi yang berlaku antara tokoh ilmuwan agung Islam seperti Imam Shafi’i dengan gurunya Imam Malik. Imam Shafi’i ada kalanya telah menyanggah pendapat gurunya. Tiada salahnya untuk pelajar mengutarakan pendapat yang kadangkala berlawanan dengan guru mereka kerana hal ini merupakan proses pembelajaran dan dunia akademik berkisar tentang pendapat yang kritis bersandarkan hujahan dan dalil yang jelas dan tepat. Prinsip ini menjadi nadi utama dalam dunia akademik dan sebarang pendapat yang rapuh hujah dan dalilnya dianggap antiakademik. Undang-undang ini tersebar luas dan terpakai secara global. Seorang bekas Presiden Universiti Harvard, Lawrence Summer contohnya dikritik hebat dan terpaksa mengakhiri tugasnya sebagai presiden universil berkenaan kerana memberikan kenyataan tanpa bukti.

Sikap keterbukaan guru walau bagaimanapun, sangat penting untuk mengekalkan hubungan baik antara kedua-dua pihak ini dan juga memberikan keyakinan kepada pelajar untuk terus mengajukan idea dan pendapat. Pengalaman tokoh akademik seperti Tan Sri Dr. Nordin Kardi dalam tulisannya, meluahkan kekaguman kepada gurunya kerana sikap menerima pendapat yang berlainan daripada apa-apa yang dipercayai mereka yang hasilnya telah melahirkan budaya menuntut ilmu dan mencintai ilmu yang tiada tolok bandingnya. Dengan itu, terhasillah tokoh akademik tersebut yang kini berjaya menempatkan diri dalam kalangan tokoh akademik terkemuka.

Guru dengan itu mestilah sentiasa bersedia menerima pandangan para pelajarnya dan sebarang kesilapan atau kekurangan padanya mestilah diperbetulkan juga dengan cara yang berhikmah bukannya dengan sindiran sinis atau memperlekehkannya. Di dunia tanpa batas ini, guru perlu bersedia melakukan transformasi. Tidak perlu untuk mengikuti setiap inci perkembangan dan minat pelajar tetapi cukup kiranya memiliki sedikit sebanyak pengetahuan tentang minat dan perkembangan terkini dunia muda belia. Hal ini pastinya dapat merapatkan jurang perbezaan pemikiran antara pelajar dengan guru serta memudahkan interaksi.

Guru masih terlalu penting kerana nilai kepada ilmu hanya boleh diperoleh melalui guru dan tidak akan hadir dengan hanya melayari internet, membelek lembaran buku, menyentuh skrin telefon pintar atau apa-apa jua peralatan digital. Bagi melahirkan generasi yang seimbang akhlak dan intelektualnya, guru ialah mekanisme induk yang tidak boleh terlepas pandang kepentingannya.

S.E.P.I


Sepi hati terjadi lagi
Mungkin sampai mati aku sepi
Biar senyum hadir di hariku
namun ini hanya ada di bibir
di bibir saja

Aku ini yang bisa mengerti
walaupun yang lain mau mengerti
Namun berat beban di hidupku
biarkan saja
Biar saja hanya ku yang tahu

Sejarah cinta dan hidupku
penuh duri dan banyak ranjau
Butuh kesabaran yang penuh
untuk tetap ku berdiri

Oh.. ada saatnya ku bicara
bila hatiku telah bulat
Sepanjang ku bisa atasi semua
aku tetap diam

Woo.. sejarah cinta dan hidupku
penuh duri dan banyak ranjau
butuh kesabaran yang penuh
untuk tetap ku berdiri

Oh.. ada saatnya ku bicara
bila hatiku telah bulat
Sepanjang ku bisa atasi semua
aku tetap diam

Thursday, November 24, 2011

'KOTA ROM TIDAK DIBINA DALAM SEHARI'


Kota Rom bukan dibina dalam sehari. Keteguhan Collosseum bukan binaan mudah. Keunggulannya dikagumi hingga ke hari ini, Aspek kesenian terserap di sana sini. Kota Rom tidak dibina dalam sehari. Kehebatan Kota Rom ini telah diungkapkan dalam satu pepatah “Kota Rom Tidak di bina Dalam Sehari”. Ini bermakna, mencipta sebuah tamadun yang kompleks memerlukan masa yang bukan sekejap untuk direalisasikan. Untuk menjadikan ianya sebuah bangsa dan budaya yang naik seiring dengan kotanya, masa yang diambil bukan sekelip mata. Ianya menyaksikan perit jerih dan pertumpahan darah untuk mendominasi kuasa pemerintahan.

Bertitik tolak dari analogi ini, kejayaan juga bukan adatnya datang bergolek. Perlu ada usaha dan kecekalan kerana kejayaan sentiasa akan menuntut masa dan pengorbanan. Sesungguhnya kejayaan bukan dengan sepetikan jari, tuntutan masa menentukan segala. Perlu ada doa dan keikhlasan setiap ketika. Demikian juga halnya dengan kejayaan diri. Setiap masa dan ketika ada harganya yang tersendiri, dan akan ternilai pada suatu hari nanti.

Benar...Kota Rom tidak dibina dalam sehari. Bukti pentingnya masa dalam berusaha. Bukan seminit dua, bukan sekelip mata, Kerana setiap yang hebat itu sentiasa menuntut masa. Kejayaan hidup menuntut hari, masa, usaha, keyakinan dan restu Ilahi. Pasti akan tercapai suatu ketika nanti. Itu jugalah yang dinamakan Sunnatullah. Pepatah Arab juga ada menyebut : ‘Siapa yang berusaha, dia akan memperoleh kejayaan’.

Perkara yang sama juga telah dibuktikan oleh Rasulullah dalam membina ketamadunan budaya dan bangsa Muslim keseluruhannya. Pembukaan Kota Makkah (Fathul Makkah) hanya berlaku setelah pembinaan tamadun rohaniyyah yang dibangunkan selama 13 tahun dan kegemilangan Madinah dibina selama 10 tahun. Malah apa yang telah tersirah dalam perjalanan hidup Rasulullah adalah yang terhebat dan tidak tertandingi.

Tuntasnya tidak kiralah berapa lama masa yang diambil, tetapi pembinaan sebuah keagungan dan kejayaan bukannya melalui jalan pintas yang mudah. Ianya perlu melalui fasa-fasa yang telah ditentukan secara fitrah. Ianya perlu melalui mehnah dan ujian. Ianya perlu melalui saat-saat getir, jatuh bangun sebelum akhirnya kemanisan kejayaan itu dapat dikecap.

Berbicara tentang kejayaan, keagungan dan kegemilangan seolah-olah terlalu tinggi bunyinya. Namun tidak mustahil ianya digapai. Harus diingat, untuk berjaya kita perlu bercita-cita besar dan berwawasan jauh. Itulah prasyarat dan titik pertama perlu diterapkan. Apapun ceritanya, fokus sebenar ialah kepada asas atau tapak sesuatu kejayaan itu.

Faktor inilah yang perlu ditekankan oleh kita. Jangan sekali-kali terlepas pandang perkara yang asas. Kukuhkan asas dan tapaknya. Daripada asas yang kukuh inilah kita bangunkan misi dan visi hidup kita. Peringatan untuk diri kita, bertahanlah pada paksi asas ini kerana di sinilah bermulanya cerita generasi hari esok.

Semoga kejayaan jadi milik kita dan Allah meredhai kita.

Tuesday, November 22, 2011

PENDAM...


Aku yang mengejar bayang cinta
Kian terbiar
Terpendam kata
Tak terungkap selamanya

Pedihnya hanya aku yang merasa
Mahu memilikinya
Aku hanya hamba cinta

Bisik hatiku lepaskan dirinya
Sungguh aku tak bisa
Biarlah ku sendiri
Tanpa kasih di hati

Aku tak mampu pertahankan lagi
Cinta yang menyakiti
Biarlah aku pergi
Tiada hampa di hati

Pedihnya hanya aku yang merasa
Mahu memilikinya
Aku hanya hamba cinta

Bisik hatiku lepaskan dirinya
Sungguh aku tak bisa
Biarlah ku sendiri
Tanpa kasih di hati

Aku tak mampu pertahankan lagi
Cinta yang menyakiti
Biarlah aku pergi
Tiada hampa di hati
Aku yang mengejar bayang cinta

♥♥♥ Jangan terlalu mengharap diberi ruang dalam hidup seseorang, kerana jika kau bererti baginya, ruang itu telah tersedia tanpa diminta. ♥♥♥

Ombak Rindu



Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hanya mampu berserah
Moga cahaya tiba nanti

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku